Undian Header Blog Pilihan

Sebelum ni saya ada bertanya tentang undian blogger pilihan. terima kasih atas maklum balas dari anda semua..


Oleh itu saya buatkan undian untuk beberapa kategori, dan saya mulakan dahulu dengan undian 'Header Blog Pilihan'..


Anda semua pasti faham apa itu header blog kan. kalau tak tahu tanya orang lain. ok lah bagaimana nak join undian ni? 


Seperti biasa saya akan suruh anda semua calonkan blog orang lain, bukan blog sendiri. ini adalah kerana pandangan setiap orang adalah berbeza dari kita sendiri.


Sebelum tu, ada 2 kategori saja yang dibuat iaitu:
  • Header Blog Lelaki Pilihan
  • Header Blog Wanita Pilihan

Oleh itu anda perlu calonkan header blog mana yang anda rasa layak untuk tercalon dalam kategori ini. macam mana nak calonkan?


Sila buat satu entri yang mengandungi:
  • Tajuk: "Pencalonan Header Blog Lelaki/Wanita Pilihan"
  • Link entri ini
  • Nyatakan blog mana yang anda rasa layak untuk dicalonkan bagi setiap kategori. INGAT!! hanya 1 blog sahaja bagi setiap kategori.
  • Sila terangkan dengan menarik kenapa anda calonkan blog tersebut.

 Satu entri akan dikeluarkan untuk anda semua tinggalkan link yang telah dibuat pada hari esok. jadi anda fikir dahulu blog mana yang anda rasa layak dan kenapa..


Ok lah harap anda semua faham.. kalau tak faham jangan segan bertanya..