Sahabat Blogger : Pelajar Sekolah

Sempena cuti sekolah ni saya buatkan satu segmen sahabat blogger pelajar sekolah pula.. saya pasti ada blogger yang masih lagi bersekolah.


Jadi segmen ini khas untuk mereka yang masih lagi bersekolah sama ada tingkatan satu hinggalah tingkatan enam. sekolah rendah?? kalau ada pun boleh join..


Macam mana nak join segmen ni? mudah saja.. anda hanya perlu buat satu entri yang ada:
  • Tajuk entri "Saya Pelajar Tingkatan .." (nyatakan tingkatan anda seperti 1 atau 5)
  • Link blog BPM ni
  • Gambar anda bersama rakan kelas (jika ada)
  • Nyatakan anda bersekolah di mana? 
  • Nyatakan mata pelajaran yang anda minat? sertakan sekali siapa guru yang mengajar dan kenapa anda minat mata pelajaran tersebut..
  • Nyatakan kenangan manis semasa di sekolah. contohnya menang pidato ke, menang main sukan ke dan sebagainya..


Itu saja yang anda perlu buat. tetapi sila pastikan anda buat menggunakan ayat baku atau ayat penuh. kerana sebagai latihan anda dalam membuat karangan nanti..


Selepas anda siapkan entri tersebut, sila tinggalkan maklumat berikut dalam ruangan komen di bawah:
  • Nama 
  • Link entri

Tempoh untuk anda join segmen ni akan berakhir pada 16 Mac 2011 iaitu hari rabu depan pada pukul 11 malam..


Jadi jangan terlambat untuk join segmen ini..