1 Jam 1 Blogger : Zulsyamin

Nama blog dan url?
 
OnlyZul [dot] Com - http://onlyzul.com
Kenapa Zul pilih nama nie? Antara salah satu tips pilih url adalah pilih url yang mudah nak sebut dan ingat. Jadi Zul pilih url onlyzul.com. Yang maksudnya adalah Hanya Zul.


Sejak bila anda buat blog ini?

Blog ni Zul mula buat pada 1/1/2011. Baru lagi kan? Ni kali pertama menggunakan domain dan hosting sendiri. Hosting Zul dari iHosterz.com. Sebelum mula start buat blog nie, Zul dah ada blog dalam platform blogspot iaitu http://onlyzul.blogspot.com. Zul start blogging pada tahun 2009. Jadi dah 2 tahun Zul dalam bidang nie. Otai? Rasanya tak kot. Banyak benda nak kena belajar. 

 
Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Masa mula-mula buat blog memang takde blog rujukan. Main tulis jek. Blogwalking pun tak tau apa die. 2 bulan Zul stop blogging sebab tak tau hala tuju. Lepas tu terbaca salah satu blog Oh! Media iaitu Ohtidak.com, then dapat tahu blog Khai Hassan, founder Oh! Media, JustKhai.com. Dari situ Zul dapat inspirasi dan dapat tahu yang blogging nie mampu pergi jauh. Zul buat blog Khai dan Oh! Media nie sebagai rujukan no.1, dulu, kini dan selamanya.haha


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Zul takde sumber spesifik yang Zul rujuk. Zul hasilkan entry berdasarkan isu semasa, kehidupan semasa, dan juga ilmu2 yang Zul dapat. Zul juga aktif dalam group2 blogger, forum. Jadi dari situ, banyak idea boleh Zul dapat. Cuma nak dan taknak je nak tulis entry.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Zul start blogging dari bermula dari kosong. Duit, Seo, dan tips2 lain lansung tak tau. Cuma nak jadikan blogging ni satu hobi. Bila dah lama dalam bidang nie, Zul dapat banyak ilmu yang mungkin susah nak dapat kat dunia realiti. Selain duit, Zul nak berkongsi ilmu Zul dalam bidang nie pada blogger-blogger baru. Boleh baca dalam blog Zul yang Zul banyak tulis entry pasal tips-tips. Zul cuba kukuhkan blog Zul dari segi itu. At least, Zul dapat membantu blogger2 baru dan naik sama2.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Rasanya Zul tak pernah dapat pengalaman terlampau pahit.hehe. Kalau setakat kena tegur tu biasa lah. Paling pahit bila, ada blogger yang serang Zul dan beberapa blogger2 otai n senior bila kitaorang share ilmu blogging. Zul tak paham motif diorang. Makan masa jugak nak cool..hehe. Nasib baik ramai support kitaorang.

Manisnya bila Zul dapat kenal ramai blogger2 yang bukan saja terbaik dalam dunia maya, malah dunia realiti pon diorang the best. Macam2 ilmu Zul dapat belajar.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

bagi Zul etika paling penting adalah hormati blogger2 lain. Selain tu kita jangan sombong dengan orang. Mungkin ada sesetengah kita pemalu di dunia realiti dan terbawa2 dalam blog, tetapi biarlah kita ramah dalam dunia maya nie. Jangan berlagak dan sombong.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Pengalaman Zul takde lah besar mana. Apa yang Zul nampak, cara yang paling bagus dan berkesan adalah dengan blogwalking dan tinggalkan jejak melalui komen di entry. Jangan komen dekat Cbox/Shoutbox. Banyak faedah bila kita tinggal jejak melalui komen nie. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca blog Zul, Zul ada respon pasal tinggal jejak nie. 


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Sentiasa berusaha. Jangan putus asa. Sebab dunia blogging nie bukan senang. Blog memang senang nak buat. 5 minit dah siap. Tapi nak jadi blogger yang betul2 berkualiti bukan boleh jadi dalam sekelip mata. Ramai ada blog, tapi adakah blog tu mampu bertahan untuk masa panjang? Mungkin ada yang cakap nak blog untuk suka2. Itu hak korang, tapi bila tanya niat disebaliknya adalah kerana duit. Takkan mampu bertahan kalau semata2 blogging sebab nak duit. 

Rajin2 bertanya dan izinkan diri untuk ditegur. Terima teguran dengan hati terbuka. Abaikan kalau ada manusia yang dengki dengan kita. Sebab orang yg dengki tu pon ada blog jugak. Saja nak buat kita down. Lain lah kalau kita femes macam artis. Reader datang dari pelbagai sudut. Pastikan ikhlas dalam menulis. TeeHee!  


Anda mempunyai blog lain? Nyatakan kalau ada.

Zul ada jugak blog lain. seperti yang Zul terang kat soalan pertama tu. OnlyZul.blogspot.com adalah langkah pertama Zul dalam bidang nie. Ada lagi macam2 blog Zul cuba buat, tapi dua blog nie saja yang betul2 berjaya. TeeHee!!



0 comments: