1 Jam 1 Blogger : Zati, Zt

Nama blog dan url?
 
Zt-Zati


Sejak bila anda buat blog ini?

Mula berblogging ni tahun lepas, 23 JUN 2010. Setakat ni usia saya berblogging dah mencecah 8 bulan. Dah dekat dah ulang tahun blog saya yang pertama..


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Saya xde rujuk sape2. Siyesly, saya buat sendiri. Saya xnak kawan2 tau saya ada blog, sebab segan. Lagipun, x susah. Tekan itu, ini siap. Walaupun ringkas, tapi saya bangga atas usaha saya sendiri. Tapi, sekarang kawan2 sume dah tau dah pasal blog saya. Bagus gak la. Boleh la tambah ilmu dalam blogging2 ni..


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Sumber/rujukan tu xde la. Siyesly, kalo saya nak hasilkan entry pape kat blog ni saya ikut mood, ikut idea. Kalo ada idea, mood pun elok maka adalah entri saya kat blog. Xpun ikut isu semasa. Kadang2 hal2 semasa ni pun berguna gak sebagai sumber nak buat entri..


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Saya berblogging sebab rasa nak bercerita. Kat blog ni leh cite macam2, pasal pape pun xpe. Macam wat diari. Leh release tension. Lagi, berblogging ni leh dapat kawan ramai. Betol tau, x tipu. Saya ada la dapat beberapa kawan yang agak rapat la jugak. Seronok jugak, walaupun xkenal tapi boleh buat kawan walaupun xjumpa diri masing2 yang sebenarnya..


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Pengalaman..? Macam xde je. Maklum la, baru sangat berblogging ni, xsampai setahun pun lagi. To me, xkesah la pengalaman pahit ke manis ke, tu sume xkan mengganggu saya. Rasa nye saya akan tetap berblogging..


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Cakap pasal etika ni terlalu luas. Mana2 kita pergi tetap ada etika2 yang kita kena ikut. Macam tu jugak blogging ni. Walaupun blog ni di dunia maya, tapi kita kena jaga etika2 kita sebagai mana di dunia realiti. Kita kena jaga cara penulisan dan pemakaian. Sebab blog ni bukan nye kita buat private. Kalo wat private sape la nak tengok kan..?? Saya tau kebanyakan blogger yang buat blog ni sebab nak share pasal kehidupan korg. So, blog korg tu menjadi tatapan umum which sume orang boleh baca. Bukan sume suka kita, bukan sume leh terima siapa kita, bukan sume akan serasi dengan kita. Jadi kita kena alert terhadap persekitaran dan jaga etika korg..


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Aiyoo, asyik tanya pasal pengalaman je. Sori la, siyesly xde pengalaman. Hmm.. Ok la, macam ni. Disebabkan xde pengalaman lagi, biarlah saya bagi pandangan saya. Untuk membuatkan blog kita dikenali ramai, kita kena la be friendly blogger. Cuba kenal dan bertukar2 cite dengan blogger2 lain. Make friend with them. Seronok bila kita dapat kawan ramai. Dari situ bukan je blog kita je dikenali ramai, tapi kita turut akan dikenali dengan keramahan kita..


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

To all bloggers sekalian alam, teruskan berblogging. Pastikan niat korg baik. Jangan la berblogging ni sebab duit, jangan la berblogging sebab nak harapkan to be popular, jangan la berblogging kalo kalian belum bersedia. Jangan ingat dunia blogger ni senang. Kat mana2 pun still ada halangan. So, tetapkan niat baik korg, happy berblogging, be nice with other bloggers and paling penting be yourself. 

Owh, xlupa juga, if one day korg dah jadi blogger senior, please please please don't be kerek or kekwat or sombong or bangga gila dengan pe yang korg ada. Ingatla, dulu korg pun mula dari bawah. Bantu la blogger2 baru ni, bukan nye minindas or tunjuk korg bagus. Dunia sekarang berbeza. Banyak2 suara2 yang boleh menaikan dan menjatuhkan kita. So, remember yang penting niat korg berblogging..


0 comments: