1 Jam 1 Blogger : Wan Gerrard

Nama blog dan url?
 
http://wangerrard.blogspot.com


Sejak bila anda buat blog ini?

Hmm awal tahun lepas baru aktif sikit, buat akhir 2009


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

mula-mula Blog  Cikgu Dahlia, Bro Eyriqazz, Darkbatman dll..selalu belajar benda baru tiap hari.


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

banyak entri mengenai sukan, lebih spesifik Liverpool. Sumber daripada laman web rasmi Liverpool.tv dan website yang berkaitan dengan nya. 


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Hmm menceritakan mengenai bola sepak, pandangan orang lain mengenai Liverpool. Ini lebih kepada analisa setiap perlawanan Liverpool dijadikan diari sendiri :P


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Manis mestilah banyak, awek blogger semua cun/hot/cantik belaka hehehe pahit rasanya tiada, mungkin Gerarrd belum famous lagi kot


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

etika perlu ada pada blogger dan pembaca blog. Mungkin dari segi entry , tidak menyentuh isu perkauman/keagamaan, tidak membuka aib orang lain dan  sebagainya. Mungkin tidak penting dan selalu diabaikan , namun semua terletak pada diri sendiri. 


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Err cara cepat ialah dengan bercinta dengan artis :P cara jujur ialah menerusi entry dan blogwalking anda. cara kreatif ialah menggunakan cara jujur ditambah dengan usaha membuat fan page/banner sendiri/header gempak..itu sahaja :P
 

Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Semoga berjaya dan teruskan ber-blog



2 comments:

YumiKumiko said...

Letak Saya Punya Blog Jugok Please!

Wan Gerrard said...

hehe Gerrard kat sini :P thanks