1 Jam 1 Blogger : Tieah

Nama blog dan url?
 
Nama blog saya adalah d_hatie.. Iaitu keterbalikan daripada nama saya sendiri Tieah.. Ini url blog saya, http://dhatieku.blogspot.com


Sejak bila anda buat blog?

Permulaan saya menceburkan diri dalam dunia blog adalah pada bulan April 2008.. Saya pernah buat blog tapi ketika itu saya masih tak tahu bagaimana nak tulis mahupun mencantikkan blog.. Kemudian, saya buang blog saya dan jadilah saya sebagai silent readers sahaja.. Kemudian, sejak kebelakangan ini banyak kewujudan blog tutorial yang mengajar bagaimana mencipta blog.. Dan dari situ jugaklah semangat membuat blog bermula ketika bulan Jun 2010..


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Pertamanya, untuk belajar segala macam tutorial saya banyak belajar dari blog 'maribinablog'.. Rujukan dalam memperbaiki penulisan saya pula, saya banyak membaca blog Ben Ashaari dan Fynn Jamal.. Penulisan 2 orang yang berbeza dari pelbagai sudut..

 
Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Facebook juga salah satu medium untuk saya menghasilkan sesuatu entri selain dari berita dalam surat khabar.. Kadang2 saya juga menulis melalui pengalaman yang saya lalui dan ditambah dengan moral di dalamnya.. Menulis entri melalui pemerhatian secara kasar juga saya suka, lebih2 lagi isu hubungan yang terlarang/sonsang.. Bukan saya ingin menindas golongan sebegini, namun jauh di sudut hati saya, saya ingin mereka berubah.. Mungkin ada di antara silent readers oata followers saya dari kelompok yang sedemikian, oleh itu, saya amat berharap penulisan saya itu dijadikan ikhtibar mahupun membuat mereka berfikir waima saya menulis hanya ikut perasaan dan akal lgik saya dan bukannya mendapat fakta yang sahih.. Namun ada benarnya..


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Pada permulaannya, blog d_hatie ingin saya jadikan sebagai diari kehidupan saya.. Ingin saya kongsikan segala macam perkara.. Namun saya fikir, siapa mahu ambil tahu dan siapa mahu baca penulisan saya? Justeru, saya mula fikir kebaikan yang orang boleh dapat dengan penulisan saya.. Bermula dari situ, saya cuba menulis sesuatu yang berguna dan kadang2 saya jumpa info terbaru dan saya kongsi bersama pembaca saya.. Tidak dilupakan sumber saya perolehinya.. Kadang2 saya tulis cerita yang mencarut atau santai supaya otak kita dalam keadaan tenang dan kita boleh tersenyum..


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Pertamanya, memahami kehendak pembaca.. Bagaimana? Kita lihat siapa pembaca kita.. Adakah dari golongan emak2 kah, bapak2 kah atau pelajar sekolah atau bakal mahasiwa/i? Jika golongan remaja yang ramai, maka adalah lebih baik fokus entri kita membicarakan soal kehidupan remaja.. Tapi, tidak bermakna kita tidak boleh menulis tentang alam perkahwinan mahupun berkongsi resipi.. Apa sahaja boleh dimasukkan dalam blog asalkan niat kita adalah untuk memberitahu dan berkongsi.. Hormat-menghormati sesama blogger juga penting walaupun kita tak pernah kenal tapi kita harus terima pandangan atau kritikan blogger lain pada kita.. Jangan pula terus melenting.. Ingat, kita tak boleh minta semua orang setuju dengan apa yang kita perkatakan..


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakan untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Saya sememangnya tak pernah mempromosikan blog saya dalam facebook saya sendiri.. Saya cuma promosi dalam facebook fanpages untuk blogger seperti gengblogger, blogger sarawak dan banyak lagi.. Selain itu, saya juga telah dijemput menyertai 4 buah group blogger dan di situ jugak tempat saya ping blog saya.. Saya rasa dari situ orang mampu kenal blog saya selain dari blogwalking..


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Saya juga seorang blogger yang baru setahun jagung tapi saya cuma nak ingatkan supaya blogger2 yang baru berjinak2 dalam dunia blogging ini supaya belajar terlebih dahulu cara memantapkan blog.. Bukan bererti blog saya no1, tak! Maksud saya, dari segi penulisan itu janganlah mengunakan terlalu banyak singkatan, kotak komen haruslah dalam bentuk pop-up window bagi memudahkan pengomen dan banyak lagi.. Sebab itu, saya katakan kita kena belajar.. Banyak rasanya blogger2 otai yang memperkatakan tentang isu etika berblogging ni.. Kalau rasa elok, ikutlah.. Kalau rasa tak nak, takpe..


Anda mempunyai blog lain? Nyatakan kalau ada.

Saya punya satu blog sahaja, tetapi saya turut menjadi member kepada blog 100 penulis (http://www.100penulis.com/) dan blog pemuisi picisan (http://sejutastanzaselamba.blogspot.com/).. Untuk blog 100 penulis, saya berhak menulis entry untuk hari Rabu sahaja.. Manakala untuk blog pemuisi picisan pula, tiada had dan setiap karya saya bermula dengan #1, #2, #3 dan seterusnya..


0 comments: