1 Jam 1 Blogger : Shag

Nama blog dan url?

Nama belog gua Shag Comot dan URL nya adalah shagcomot.blogspot.com.


Sejak bila anda buat blog ini?

Dua hari awal dari sayam gua, Achie si penulis belog Woofer Storm iaitu pada 21 Oktober 2010. Lepas je buat akaun belog, terus gua pos ENTRI PERTAMA gua kat belog ni


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Belog pertama yang tentunya jadi santapan gua waktu nak menuntut ilmu mencantikkan belog gua tentunya belog Cik Tom sayam. Dan juga, gua rujuk dengan Mari Bina Belog. Sekarang, gua rujuk banyak belog untuk mendapatkan tutorial best. Nak tahu, terjah Taman Tutorials gua ;) Untuk cara cara menjadikan belog tu sedap di baca, gua selalu dengar cakap Uncle Ben gua! Lepas tu, Pendekar Berkuda.


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Sumber dan rujukan? Hmph. Kejap, gua perlukan masa. Hehe. Setakat ni, gua perhatikan apa yang berlaku di sekeliling gua. Contoh macam dalam ENTRI INI. Tak pun gua cuba praktikkan kembali apa yang telah kita belajar dahulu sewaktu di zaman sekolah. Seperti dalam ENTRI INI dan ENTRI INI.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Gua nak mencari cinta sejati belog. Ecewah. Dah, gua main main jap. Maaf ya. Suka buang masa aku neh. Hehe. Berbalik kepada jawapan sebenar gua. Gua nak cari kawan dan ilmu yang lebih. Dalam dunia realiti, gua memang tak suka baca surat khabar dan tidak suka tengok berita. Jadi, apa apa perkembangan gua tidak tahu. Contoh, kelmarin Hindraf war warkan nak buat satu perjumpaan kan pada Ahad. Gua dengan senang lenangnya lepak KL semalam. Kakaka ;D Perkembangan artis pun gua lembab. Kecuali Linkin Park lah. Jadi, dengan adanya belog, gua secara tidak langsung akan tahu perkembangan dunia serba sedikit. Alhamdulillah, Amin.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?
 
Pengalaman manis gua banyak kot. Sampai gua sendiri tak dapat nak bagi satu contoh kat korang lah. Hehe. Adil tak neh? *kening double jerk* Dan pengalaman pahit, rasanya selama gua berbelog di akaun lama gua, tiada siapa pernah tegur penggunaan template belog yang tidak sesuai. Bila gua ubah, baru ada yang mai tegur. Cakap, dulu punya memang serabut dan buruk habislah. Haha. Ni sekarang, gua tak terima sebarang kutukan lagi. Gua tengah nantikan orang kritik sikit belog aku. Jadi, boleh lah gua bazirkan duit suruh Ezhan buatkan template chun untuk belog gua. Kekeke.
 

Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

JUJUR! Ada itu, dah cukup aman dah belog neh. Tok sah lah nak menipu itu ini sebab nak naik. Tapi, terlalu jujur tak bagus juga. Yelah, bila terlampau jujur, habis dalam entri tu korang taruk nama orang sekaligus mengaibkan mereka. Contoh entri berkenaan menutup aurat. Lepas tu taruk gambar seseorang yang tidak menutup aurat. Lepas tu hentam depan, belakang, kiri, kanan, atas dan bawah mangsa tersebut. Jujur lebih susah jugakkan? Jadi, jadilah jujur yang tidak terlampau lurus ;D


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Dari pengalaman gua yang ada belog yang punya pengikut tidak mencecah 500 lagi dan baru berumur 4 bulan 7 hari, gua nak cakap, hanya jadi diri sendiri dan tegur semua bloggers. Maksud aku di sini, mulalah dengan bloggers senior dahulu. Dari mereka korang jelajah lah ke belog belog lain. Seniors ni selalu promosi kan belog belog junior. Rajin lah berjalan promosikan belog anda ;) Contohnya, marilah datang ke SINI. Ramai yang korang boleh kenal. Hehe.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Jangan nak buat belog untuk mengejar duit Nuffnang dan Heartbeat. Niat kena kasi betul supaya apa yang kita dapat adalah 'bersih'. Dan, jangan cepat berputus asa apabila Nuffnang dan HeartBeat tak kasi korang duit yang korang idamkan.


2 comments:

sicomot-comel said...

yeah.
Shag sayam yg sempoi ! =D

Puan Besar Shag Yahaya said...

@sicomot-comel : Yeah. Rocker dah keluar paper dalam talian, BPM. Keke :D