1 Jam 1 Blogger : Pisyek

Nama blog dan url?



Sejak bila anda buat blog ini?

Sejak awal bulan Disember 2010. Walaubagaimanapun, blog ini bukan blog pertama Pisyek. Pisyek mula berblog sejak 2008 lagi. Sebelum ini Pisyek telah pun berblog di pelbagai platform lain seperti Joomla dan Wordpress. Ini merupakan percubaan pertama Pisyek dalam berbloging secara serius di blogspot.


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Kebanyakkannya adalah blogger yang memang telah lama bertapak dalam blogsphere seperti Hongkiat dot com, liewcf dot com. Banyak maklumat serta pengalaman yang dapat dikutip melalui blog mereka itu.


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Kebanyakan entri ditulis mengikut mood pada masa kejadian. Idea-idea pula dicedok hasil dari pemerhatian dalam blog-blog lain.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Untuk kepuasan diri sendiri. Blog ini memang banyak kekurangannya dari segi kekuatan penulisan dan idea. Akan tetapi, jujur Pisyek katakan disini bahawasanya pisyek.blogspot.com adalah tempat untuk Pisyek berkongsi mengenai sesuatu yang dianggap personal tetapi mungkin bermanfaat kepada orang lain.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Sudah pasti ada! Pengalaman pahit dalam berbloging bagi Pisyek adalah ketika mendapati ada blogger lain mem-plagiat artikel Pisyek. Yang menariknya sepanjang Pisyek dalam arena blogging ni adalah dikenali ramai, dapat cek duit dari Nuffnang, dan dapat tawaran kerja part time. Hehehe...


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Setiap blogger perlu bertanggungjawab terhadap segala penulisan mereka. Artikel berunsur penipuan, rasis, hasutan yang membawa keburukan dan lain-lain perkara negatif memang tidak patut diterbitkan.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Jalinkan persahabatan yang kukuh antara blogger. Bukan setakat komen-komen dalam chatbox. Kena selalu sertai 


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Majulah blogger untuk negara. xD


Anda mempunyai blog lain? Nyatakan kalau ada.

Pisyek.com - Ini merupakan online portfolio Pisyek yang lengkap.

Blog.pisyek.com - Blog pisyek berkenaan dengan web development. Dulu memang banyak artikel disini (hampir 250 entri), tapi sebab dah banyak sangat buat penstrukturan semula, artikel pun malas nak tulis balik. Ada sikit je la. Hehe...



1 comments:

Pisyek said...

wow~ sangat kewl... hahahaha...