1 Jam 1 Blogger : Pencinta IT

Nama blog dan url?

Nama blog:Pencinta IT dan urlnya http://pencintait.blogspot.com
 

Sejak bila anda buat blog ini?

Sebenarnya saya buat blog ni sangat baru.Memang tak sampai seminggu je lagi. Boleh dikatakan orang baru dalam dunia blog la.


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Sebenarnya banyak saya guna blog sebagai rujukan saya. macam blog kawan-kawan saya. Saya cuma tengok ape yang perlu ada dalam blog.Kan kat facebook kadang ada kawan-kawan yang letak url blog.So saya klik dan tengok la design blog mereka macam mana. Tadi buka blog kawan tengok ada Segmen BPM.So teringin la nak join. Harap terpilih dan dapt bagi moga blog ni dapat bagi manfaat kepada semua.


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Sumber sebenarnya daripada internet dan dari diri sendiri juga. Majalah-majalah PC contohnya banyak saya jadikan ia sebagai sumber untuk entry saya. Poster-poster sepanjang lebuh raya macam ada IT event ke saya post juga kat blog sebagai maklumam.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

DUIT????serius tak tahu blog boleh buat duit.Ada la tahu macam letak iklan kat blog tapi tak tahu saluran macam mana.Baru tahu 5 minit tadi. Tujuan saya buat blog ni hanya nak isi masa lapang. Maklum la saya mahasiswa, kadang-kadang sangat sibuk. So selain nak berkongsi maklumat tentang isu semasa IT,dunia IT saya juga harap blog saya dijadikan sebagai medan berkongsi maklumat dan sebagai alat media masa macam beritahu sesuatu event tu yang akan berlangsung di Malaysia. Yang terbaru pasal PC Expo.Rakan-rakan blogger boleh rujuk blog saya untuk maklumat lanjut.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Pengalaman manis rasanya tidak ada lagi.Tapi andaikan blog saya terpilih dan ramai yang jadi follower lepas tu traffik blog jadi makin hot, itu lah kenangan manis dan jasa pengasas segmen BPM ni memang saya akan ingat sampai bila-bila. Kenangan pahit lagi la tidak ada. 


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Ini saya salu baca dalam surat khabar tentang etika pada setiap blogger.Bagi saya dalam berblog, hormat menghormati antara blogger dan menjaga tutor kata dalam penulisam elemen yang sangat penting. Kadang-kadang bahasa yang kita gunakan dapat mengguris perasaan blogger yang lain. Jadi tujuan blog bukan nak cari gaduh atau ape cuma nak berkongsi buah fikiran dan menjadi medan penyampaian maklumat. Satu lagi etika yang saya rasa perlu jaga ialah jangan cuba post kat blog isu-isu sensitif macam perkauman dan isu-isu yang tidak sah kesahihannya. Ini boleh menjadikan kita semua sebagai blogger yang disegani.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?


Memang tepat soalan ini. Inilah yang saya tengah lakukan sekarang ini.Cara saya nak bagi blog saya ada orang lawat ialah hantar mesej kat kawan-kawan lama macam kawan sekolah,kawan matrikulasi. tapi agak leceh la sikit.Memang cara tu bagus kadang-kadang kawan-kwan saya bukan semua ada blog. Nak berjaya kene lah bersusah payah.Alhamdulillah saya jumpa program ini.Ni tengah berusaha nak bagi blog saya dikenali ramai la dengan menyertai Segmen BPM: 1 Jam 1 Blogger.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Bagi blogger yang masih baru macam saya,jangan putus asa terus berusaha dan Insyaallah sedikit masa lagi blog kita semua akan di kenali ramai. Yang penting betulkan niat kita berblog untuk memberi manfaat kepada orang ramai khusunya blogger lain. Banyakkan bersabar dan terus update blog dari semasa ke semasa.



0 comments: