1 Jam 1 Blogger : nik aziemah

Nama blog dan url?

Nama blog ni: diari senorita.. url :http://aziemahahmad.blogspot.com/


Sejak bila anda buat blog ini?

Dalam bulan julai 2009, waktu tu, cuma nak luahkan perasaan je. tapi bukan yang jiwang-jiwang ok.. blog ni macam pengganti diari.. sebab tu nama dia diari senorita.


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Takde, sebab dulu niat nak buat diari.. kawan-kawan pun tak ramai yang tahu pasal blog ni.


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

biasanya benda yang berlaku di sekeliling la, macam peristiwa jatuh longkang ke.. nampak orang pakai pelik-pelik ke.. pendapat tentang isu ke.. lebih kurang macam tu la. hehe


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

erm.. dulu tak tahu la sangat pasal buat duit dengan blog.. buat blog ni pun sebab nak follow blog novel online.. senang la update dengan entri baru penulis e-novel..lagi satu senang nak share pendapat dengan kakak senior.. boleh keep in touch dengan kawan-kawan lama.. haha.. dah macam facebook dah.. haha


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

pengalaman manis? hurm.. bila berjaya update blog setelah berminggu-minggu tak update.. hehe..pengalaman pahit pulak, nak update.. idea mencurah-curah.. tetibe blackout..!!! terus je internet connection putus.. last-last tutup laptop and then tarik selimut tidur.. hehe


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

etika? hurm.. yang penting jangan la mengeluarkan kata-kata kesat,kat blog.. nanti benda yang kecil pun jadi besar.. pastu tak perlu la nak mention nama si polan kalau berniat nak kutuk-kutuk dia.. hehe.. senang-senang.. tak yah la mengumpat ni.. berdosa.. haha


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

blog saya tak popular pun.. nak share tip pon takde.. haha..tapi.. just rajin blogwalking.. and then tulislah entri mengenai isu semasa.. takpun join je contest-contest yang ade.. haaa.. lepas ni popular la tu..


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

jangan berhenti berblogging...walaupun anda tak sempat nak update hari-hari.. updatelah sebulan sekali.. lagipon blogging mengasah minda supaya lebih berfikir dan mengasah bakat menaip dengan pantas.. hehe.. senang tau nanti nak buat thesis.. haha



0 comments: