1 Jam 1 Blogger : nazu

Nama blog dan url?

nama blog; syazanazura;)


Sejak bila anda buat blog ini?

Blog syazanazura;) ini dibuat pada bulan April 2010. Sebelum itu nazu dah ada blog dah, tapi atas sebab-sebab tertentu, nazu tutup blog lama dan buat blog baru. Kira macam nak buka buku baru, lupakan kisah lama yang pahit-pahit tu.


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Erm, yang ini tak ingat sangatlah, sebab pertama sekali buat blog, pada tahun 2008. Masa tu memang buat sendiri semua la. Tak berapa pentingkan kekemasan blog, sebab masa tu blogging untuk suka-suka je. Bila dah mula blogging secara serius, mulalah merayap pergi blog-blog yang ada bagi tutorial untuk tingkatkan kekemasan dan nama blog ni, seperti blog hannafauzan [ http://strawberrychocolatelicious.blogspot.com ] dan blog izamir ridzwan. Bila dah lama sikit, singgah pula blog Ben Ashaari untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Blog syazanazura;) ni lebih personal, berkaitan diri sendiri dan kehidupan seharian. Kadang-kadang ada juga menulis beberapa perkara yang insyaAllah boleh menyedarkan kita dalam kehidupan kita ni, hanya sekadar renungan bersama. Artikel-artikel dari Majalah Solusi, dari iLuvIslam, blog Dr. Cinta dan blog Salafus Sholih banyak memberi maklumat dalam penghasilan entri. 


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Sebenarnya nazu ber-blogging ni bukan kerana duit. Nazu blog sebab nazu memang suka blogging. Sejak tahun 2008 lagi nazu dah mula menjinakkan diri dengan dunia blog, memang best dan susah nak berhenti. Nazu suka bercerita, tak kisahlah pasal apa pun, nazu suka sangat. Lagi-lagi, perempuan memang suka meluahkan perasaan melalui penulisan, muzik atau lukisan. Bagi nazu, menulis ni dapat menghilangkan tekanan dalam diri nazu. Bila nazu tengah stress, memang blog la tempat nazu luahkan semuanya.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Pengalaman manis, hmm, semestinya berkenalan dengan seorang blogger bernama Ahmad Fairuz Afif [ http://fairuz94.blogspot.com ] Kenapa? Nazu kenal dia sejak 2009, masa tu kiteorang bertukar pendapat melalui blog masing-masing. Dia di Terengganu, nazu di Cyberjaya. Berjumpa pun tak pernah, tapi untuk PMR, kami bertukar soalan peperiksaan. Kawan-kawan kiteorang pun pelik, macam mana kiteorang boleh rapat walaupun hanya berbual di alam maya. Tapi kiteorang tak kisah pun. Bila dah masuk form4, dia masuk Sekolah Sains Alam Shah [ ASIS ], nazu pula, pindah masuk Kolej Tuanku Jaafar, Mantin. Bulan 6 2010, ASIS ada buat karnival, dan si Fairuz ni jemput nazu datang. Hari tu lah kali pertama nazu berjumpa dengan dia, walaupun dah berkenalan lebih daripada setahun. Bagi nazu, itulah pengalaman paling manis :)

Pengalaman pahit pula, hmm, tak ada rasanya. Sebab blog nazu ni tak ada lah famous sangat, so tak ada orang yang datang kacau nazu ke apa. Alhamdulillah, setakat ni berblogging, tak ada gangguan apa-apa :)


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Bagi nazu, setiap blogger perlu ikhlas dalam menulis. Mereka kena jujur, bukan sahaja kepada para pembaca, tetapi kepada diri sendiri. Bloggers tidak patut menipu atau berlakon menjadi orang lain. Dalam erti kata lain, bloggers tidak boleh hypocrite. Yang itu memang penting dan perlu ada pada diri setiap blogger.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Kalau nak orang ramai kenal blog kita, kenalah rajin publicize. Jangan tunggu blog kita dikenali ramai je, kena ada usaha sikit. Blogwalking, tinggalkan jejak, komen entri orang dengan jujur dan ikhlas. Join contest pun boleh buat blog kita dikenali ramai, lagi-lagi kalau kita menang contest tu. Bila pembaca blog dah ramai sikit, bolehlah anjurkan contest sendiri. Baru ramai orang singgah blog kita nanti. :)


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Trafik blog menurun? Pembaca semakin berkurang? Jangan risau. Dunia tak sempurna, ia tak akan cerah selamanya. Tapi ingatlah, selepas guruh ada pelangi. :)


Anda mempunyai blog lain? Nyatakan kalau ada. 



0 comments: