1 Jam 1 Blogger : MO

Nama blog dan url? 

Laman Muslimah Optimis di http://ukhwah-dhearty.blogspot.com/


Sejak bila anda buat blog ini?

Awal tahun 2009 tapi baru mula aktif berblogging sejak November 2011.


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Blog Kak Shi (Perkongsian Islamic) tapi dia dah tak aktif menulis sekarang ni, sejak dia dah berkahwin dan posted di Sabah.. link blog beliau pun dah tak ingat..huhuhu...Dia senior saya di Kolej.


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Buku, wikipedia, sumber internet, ceramah-ceramah yang pernah dihadiri, hasil perbicangan dengan kawan-kawan dan sebagainya.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Tidak pernah terfikir untuk mendapat pendapatan sampingan dalam berblogging, cuma pernah terfikir memantapkan penulisan di blog supaya boleh menghasilkan bahan bacaan dalam bentuk buku yang boleh memberikan manfaat kepada orang lain. Komen-komen yang diberikan oleh pembaca menaikkan semangat untuk menghasilkan penulisan ilmiah dan fiksyen. InsyaAllah


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Pengalaman manis bila berjumpa dengan sahabat-sahabat blogger yang baik dan banyak membantu dalam dunia blog selain daripada penerimaan orang ramai terhadap Laman Muslimah Optimis.
Pengalaman Pahit : Pernah nak tukar templete tapi semua gadget hilang dan perlu install baru. Ni masa mula-mula berblogging dulu. Sekarang Laman Muslimah Optimis tak banyak gadget pun. Biar blog lebih ringan.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Menulis dari hati yang ikhlas dan menjaga hak setiap individu yang mana menulis dalam blog bukanlah untuk menjatuhkan individu lain. Kita semua ni makhluk Allah swt dan kita perlu patuh dengan hukum Allah yakni Amar Makruf Nahi Mungkar dan salah satu daripadanya adalah hormat menghormati sesama makhluk.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Entahla, blog saya belum dikenali ramai. Tapi dengan cara ping blog di web-web yang tertentu dan blogwalking cara yang boleh digunakan untuk memperkenalkan blog kita kepada orang ramai. Selain tu penulisan di blog perlulah menarik dan perkongsian yang bermanfaat serta templete yang menarik.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Jangan risau kalau follower tak ramai. Menulislah dari hati yang ikhlas kerana Allah swt dan bukan kerana sebab lain. Mungkin ada yang berminat nak membaca mengenai Follower Anon di http://ukhwah-dhearty.blogspot.com/2010/12/follower-anon.html



0 comments: