1 Jam 1 Blogger : Mie


Nama blog dan url?
 
Nama blog memang simple "Bukan Sebarang Mietos" dan ini url nya http://www.mietos.blogspot.com/


Sejak bila anda buat blog ini?

December 2006. Tapi aktif bila mempunyai masa lapang saja


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Sebenarnya, tiada mana-mana rujukan. Semasa gue buat blog ni, tak ramai yang menceburi dunia blog. Tetapi blog lama Redmummy adalah antara yang selalu dibaca pada masa itu. Kalau tak silap, masa tu Redmummy masih menggunakan blogspot.


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?
 
Asalnya tiada rujukan, bergantung pada aktiviti sendiri, idea yang timbul dan gambar-gambar sendiri mahupun dari email mana-mana.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Dari dunia blog ni dapat mengenali ramai rakan-rakan selain mendapat sedikit income. Tapi sebab utama semestinya suka kongsi gambar-gambar menarik. Sebab itulah, setiap entry dalam blog kena ada gambar.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Manis - Bila join sesuatu giveaway dan memenanginya.
Pahit - Ter "emo" bila ada sesuatu isu yang berkaitan dengan blogger. So, untuk lebih cool, cuma jawab "No Komen".


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Etika memang perlu ada dalam setiap individu terutama blogger. Dari penulisan kita boleh tahu sikap blogger itu sendiri. So, untuk yang suka menulis blog, jagalah penulisan dan saling tegur menegur secara efektif bukan dengan hanya meluahkan perasaan membuta tuli.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Mungkin melalui join gathering ataupun aktif dalam sesuatu forum. Disamping itu, entry yang menarik pasti ramai akan lebih mengikutinya. Yang paling penting, jangan terlalu berharap untuk popular.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Semangat!! Segala yang berlaku dalam dunia blog ini, pasti ada positif dan negatifnya. Jika ada kelemahan, cuba memperbaiki untuk lebih terbaik. Be yourself!!!



0 comments: