1 Jam 1 Blogger : mdzulhaizer

Nama blog dan url?

nama blog: 'si kiut'


Sejak bila anda buat blog ini?

Sejak terbaca blog rakan yang dikenali.. bulan Disember 2009.. untuk maklumat lanjut boleh layari url ini :http://mdzulhaizer.blogspot.com/2009/12/setelah-sekian-lama-nya.html


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

sumber inspirasi utama saya untuk berblog adalah rakan yang saya kenali tu kemudian di ikuti dengan blogger-blogger otai diluar sana seperti BEN ASHAARI, BRO FRAMESTONE dan juga JUSTKHAI.COM


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Sumber dan rujukan saya dalam menghasilkan sesuatu entri adalah melalui blogwalking, kadang-kadang melalui forum-forum diluar sana seperti gempak.org, syok.org dan macam-macam lagi.. idea juga diperolehi melalui facebook.. dan paling penting adalah melalui pengalaman sendiri atau isu-isu semasa yang sering dibualkan..


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

selain daripada duit, saya berblog adalah bertujuan untuk meluahkan segala isi di hati dan juga
menyampaikan maklumat yang ada (walaupun kurang info sangat) kepada insan-insan diluar sana.. selain tu semestinya ingin menambah kenalan baru..


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

pengalaman manis saya adalah sewaktu nuffnang men-top up akaun nuffnang saya buat kali pertama walau pun tak banyak tapi boleh lah.. selain tu juga saya ingat lagi sewaktu 'Blog Baru Pilihan' diadakan.. di waktu tu ramai rakan blogger baru yang dapat dikenali walaupun tak menang..

pengalaman pahit pula, ada insan (rakan sendiri) yang salah anggap dan memandang berblog itu tak guna.. waktu tu memang down gila.. tapi saya dah maafkan dia kembali.. Hehe.. =)


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

cuba mencari idea-idea tersendiri dan kalau boleh buat sesuatu yang baru.. kalau nak buat entri yang sama dengan orang lain pun jangan lah tiru bulat-bulat.. cuba buat research serba sedikit dahulu dan gunakan ayat sendiri dalam menghasilkan entri tersebut.. lebih digalakkan cuba nyatakan sumber yang kita perolehi itu untuk rujukan orang lain..

Selain itu juga, para blogger pun cuba hormat pada orang lain.. berblog dengan menggunakan ayat kiasan sebaik mungkin untuk mengeluarkan perasaan marah tu.. takut nanti ada orang yang terasa, kita juga yang susah..

berblog dengan ikhlas.. blog dengan hati bukan kerana kejarkan ganjaran..


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

cuba ikuti beberapa contest dari blogger-blogger lain.. selain tu ikutlah mana-mana komuniti blogger yang ada.. sebagai contoh BPM nie la.. Hehe.. ping site setiap kali selesai melakukan entri baru seperti di gengblogger or mana-mana web ping yang lain.. sharekan entri anda di fanpage FB atau profile FB korang sendiri..


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Jangan mudah berputus asa.. cuba buat suatu pembaharuan.. pasti korang akan berjaya.. selamat berblog insan-insan di luar sana.. jangan hentikan usaha korang ye!



2 comments:

Muhammad Zulhaizer said...

yeah.. akhirnya keluar gak.. 2 hari dah tunggu.. tq bro azman.. hehe.. lepas nie nak join g aktiviti yang ada.. Menarik!

Muhammad Zulhaizer said...

bro.. komen sikit.. kalau boleh bagi link kan url blog saya tu terus ye.. yang dekat soalan 1st tu.. yang 2nd tu just tunjukkan entry pertama saya je.. Hehe.. zaman2 start berbloging..

untuk yang lain.. jangan malu2 nak melawat blog sy yg tak seberapa nie k.. papai all..