1 Jam 1 Blogger : Lina


Nama blog dan url?
 
This Is Big Eyes Blog : http://azlinamy-bigeyes.blogspot.com


Sejak bila anda buat blog ini?

Sejak tahun 2007


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Sebelum buat blog, setiap blog yang saya jumpa dan baca adalah bahan rujukan saya.  Setelah berjaya membina sebuah blog, blog redmummy adalah antara rujukan saya.


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Sumber/rujukan saya dalam menghasilkan entry adalah daripada pengalaman saya sendiri dan juga daripada pembacaan.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Tujuan saya buat blog adalah untuk berkongsi pengalaman, informasi dan bertukar-tukar pendapat.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Pengalaman pahit masa mula-mula berblogging adalah untuk menjadikan blog dikenali.  Hampir-hampir putus asa di situ tapi nasib baik ada teman yang sama-sama baru nak berblogging jadi bolehlah ada teman mengadu hehe.  Pengalaman manis pula dapat ramai sahabat baru dan juga pernah menyertai Blogger's Family Day di Taman Tasik Perdana pada tahun lepas.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Etika yang perlu ada adalah jaga cara penulisan, jangan menulis perkara yang berbaur fitnah, penipuan, kutuk-mengutuk dan melaga-lagakan orang.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Perlu jujur dalam penulisan, buat something yang berbeza daripada blog-blog yang lain, rajin berblogwalking dan sentiasa meninggalkan komen.


 Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Teruskan dengan apa yang anda buat.  Sentiasa rajin dan kreatif dan jangan mudah putus asa.


Anda mempunyai blog lain? Nyatakan kalau ada.



0 comments: