1 Jam 1 Blogger : Kebaya

Nama blog dan url?

Kebaya Sendat Sepatu Merah


Sejak bila anda buat blog ini?

sejak 16 Ogos 2010.


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Dari Jalan Kopi, Teh Tarik Gelas Besar, Hilang Punca, Diari Ellie.


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

majalah, blog lain, kisah hidup sendiri, keadaan semasa.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

saya berblogging bukan kerana duit. saya mempunyai masalah meluahkan perasaan secara terang - terangan. maka, inilah medium saya.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

manis: apabila ada yang menghargai luahan hati saya. 
pahit: tersalah follow orang yang update benda tidak berkualiti seperti hari ni berak pun dia nak bagitau.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

seorang blogger haruslah menyediakan entri yang berguna dan berkualiti. selain itu, jangan la nak malukan blogger lain. masa lain, kita pula yang kena. lagi satu, jangan la terlalu menonjolkan diri, buat orang meluat lama - lama. biar orang datang blog kerana isi dan gambar yang hebat.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

saya pun x terkenal. haha. bedasarkan pemerhatian, keluarkan isu yang general seperti mesir bergolak sekarang kah, isu buang bayi ke. jangan banyak cerita tentang diri sendiri, tentang keadaan semasa lebih - lebih lagi cinta. mesti ramai orang nak follow. masuk la ape - ape komuniti dan segmen yang bertauliah supaya orang sedar wujudnya blog kita.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

jadi diri sendiri dalam blog. x perlu nak komen - komen membodek. orang boleh perasan ye. kalau kena kutuk, banggalah. kerana ada orang yang baca dan kaji blog kita!


Anda mempunyai blog lain? Nyatakan kalau ada.

ada. Do Re Mi Fa So La Ti Do.



0 comments: