1 Jam 1 Blogger : kakicandid

Nama blog dan url?

Ni La BlOg Aku


Sejak bila anda buat blog ini?

kalau blog Ni La BlOg Aku ni,baru 2 tahun. sebenarnya, kakicandid.com, saya cipta untuk set up portal yang mengandungi galeri foto,tapi kekangan masa membantutkan... kemudian bila tengok saudara fizal johari(tak ingat url blog dia yang mula-mula dia buat) pakai wordpress,saya nak cuba juga wordpress.

 
Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog? 

seriusly tak ingat,fizal johari tu kot...sebab dah lama jugak lah... lagipun masa tu,tak ramai melayu yang berblogging,kebanyakkanya lebih kepada friendster,myspace dan forum2, dah lebih 3 tahun saya mula...saya pernah berhenti berblogging lebih dari 6 bulan,antara sebabnya,sebab masa tu saya terlalu komited dengan beberapa forum,dan saya menjadi admin untuk forum yang baru nak bernafas,sekarang forum tu masih hidup,cuma bila dah ada ramai mod dan admin,saya pon dah kurang beban disitu.

 
Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?   

selalunya saya akan menulis tentang apa yang saya rasa tertarik pasa sesuatu yang berlaku didepan mata, apa yang terfikir didalam minda. apa yang saya hadapi sendiri, contohnya saya buat ulasan tentang berita yang ada didalam surat khabar,berkongsi info yang buat saya tertarik dari blog orang lain. saya tulis apa yang saya rasa seperti rasa happy,sedih,geram,marah,rindu. saya tulis pasal saya kemalangan. macam-macam lah... selagi saya minat,ada masa dan ada mood.

 
Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?    

kalau ikutkan tujuan asal masa mula-mula saya menceburkan diri dalam bidang blogging ni,(sekitar 2008) juz nk berkongsi pengalaman,info dan ilmu yg ada... masa tu tak tau sangat pon psl adsense,nuff nang pon saya tak kenal mase tu,lepas dah berbual dan tengok blog org lain,baru saya tau psl nuffnang nih...

 
Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

eerrr...rasanya lom ada lagi kot...hehehe...

 
Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?   

merendah diri,berfikiran positif,tenang, jangan cepat melatah. ramah dan berbudi bahasa.

 
Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai? 

pada saya la... macam aku pernah baca blog siapa entah,saya tak berpa ingat,katanya, "blogger sebenar adalah blogger yang menceritakan tentang dirinya"... atau ayat yang lebih tepat bunyinya camni "the true blogger is someone who wrote about their self" so,cerita  pasal diri korang,pastu komen kat blog org lain,berdasarkn opinion/pandangan korg dari sudut positif,bg kate2 semangat,tips dan ilmu, bersahabat ngan diorg kat alam internet ni...

 
Kata-kata semangat untuk blogger lain?   

pada saya, buat kerja biar ikhlas,senang sikit rezeki nak masuk,utamakan minat dan keikhlasan dalam buat sesuatu,bukan duit...ceh ckp orang... ekekekeke...

 
Anda mempunyai blog lain? Nyatakan kalau ada.ada.

http://alongxp.blogspot.com (1st blog),http://lawak-along.blogspot.com(blog ni asalnya untuk cari side income...tapi mungkin sebab niat tak ikhlas, Allah tak bagi ruang masa kat saya untuk update blog ni), skbandarbanting.blogspot.com(ni kiranya web rasmi sekolah tempat saya bekerja...saya setup dan kadang saya update...)




0 comments: