1 Jam 1 Blogger : Ina

Nama blog dan url?
 
Nama blog : misz iena, tapi kat header ina letak Asharina Hamid

 
Sejak bila anda buat blog ini?

Ina mula buat blog pada 19 Mei 2010 tapi mula aktif tahun ni.


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Blog yang menjadi rujukan ina banyak sebenarnya. Kebanyakkannya dari blog-blog otai la. Bahasa dorang sangat laa best. 

Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?
 
Ina mendapat sumber dari kehidupan seharian ina sendiri dan dari majalah atau internet. Tgk la ape yang ina nak kongsikan untuk entri tu.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Secara jujurnya, ina tak tahu pun dengan berblogging ni dapat duit. Dan ina tak tahu apa fungsi sebenar nuffnang. Walaupun ina join jgk nuffnang tu. Ina tahu pun blog ni blog dapat duit dari radio. Masa tu radio hotfm ada bercakap pasal blogging ni. Jadi, untuk menjawab soalan ni, tujuan ina buat blog hanya la untuk berkongsi cerita atau ape saje yang ina tau kepada mereka yang baca blog ina.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Pengalaman manis : bila ade blogger lain puji entri ina tu, entri yang bagus
Pengalaman pahit : tak ade lagi buat mase ni.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Sentiasa jujur dalam penulisan. Dan jangan la nak cari kesalahan blogger lain, nobody perfect.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Pengalaman? Oh. Ina punya follower pun, baru je 21. tapi apa yang ina tau dari blogger blogger yang memang ngetop, selalu la update blog, letak link blog pada laman sosial yg lain or komen blog blogger yang lain.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?
 
Teruskan berblogging. Yeaah!