1 Jam 1 Blogger : imprezaawie

nama blog dan url

just a passing thru person
http://imprezaawie.blogspot.com
 

sejak bila buat blog

kalau nak cerita pasal buat blog ni memang merepek. waktu zaman sekolah menengah waktu form 1, ada hamba Allah yang mengajak saya buat blog. saya dengan rasa bosan menerima pelawaannya. tapi sayang, saya tak suka berblog waktu itu. jadi bila berblog kejap, dah rasa bosan. lagi pun saya tak boleh nak update selalu. tu pasal tak suka blog. selepas habis sekolah menengah, saya mula berjinak-jinak kembali dengan blog. tapi ianya masih baru lagi. dan kalau nak di ikutkan saya ni masih lagi newbie dalam dunia blog ni. jadi saya perlukan bimbingan para blogger semua :D


blog manakah menjadi rujukan semasa mula-mula membuat blog

blog mana?rasanya tak ada blog rujukan waktu tu. macam saya kata tadi, waktu awal-awal saya tak minat berblog. cuma sekarang blog yang paling saya suka ialah blog http://aididmuaiddid.blogspot.com. memang blog ni telah menarik perhatian saya untuk berblog lagi :D


sumber/rujukan dalam menghasilkan entri

cakap pasal sumber memang banyak. ada sumber yang saya dapat daripada buku-buku ilmiah, ada yang saya dapat daripada UiTM (sebab saya ada buat entri informasi pasal UiTM), pengalaman hidup dan lain-lain lagi.


selain daripada kerana duit, apakah tujuan utama berblog

sebenarnya tujuan utama berblog berubah dari masa ke masa. waktu dulu, saya berblog sebab di ajak, tapi sekarang saya berblog sebab nak sampaikan informasi dari pelbagai aspek serta menyelitkan kisah-kisah diri saya sendiri. duit? saya tak pernah lagi dapat duit daripada berblog, jadi tujuan berblog kerana duit memang tak ada. sedihnya. jadi saya perlukan bantuan anda semua yang pakar dalam mencari duit menggunakan blog ni. harap anda semua sudi membantu :D


pengalaman pahit dan manis sepanjang berblog

apa yang pahit sepanjang berblog ialah template yang di buat lupa nak di simpan,tiba-tiba elektrik terputus, jadi semua kod hilang. sedihnya T.T dan lagi satu bila ada beri komen yang membuatkan saya rasa sangatlah sedih dan terasa. pengalaman manis bila berblog ialah bila pembaca blog yang datang bertandang memberi komen yang membina serta menghargai informasi yang di berikan. bersyukur sangat-sangat dapat membantu orang. ALHAMDULILLAH.


etika yang perlu ada pada setiap blogger

saya ni bukanlah bijak sangat, tapi kita sebagai manusia ada etika-etika yang kita perlu ikut setiap masa tak kira di mana jua kita berada. sebagai contoh, walaupun kita ni dalam keadaan marah, janganlah mengeluarkan kata-kata kesat terlampau sangat. risau orang akan salah menilai kita. selain itu, kalau nak komen entri blogger lain, biarlah dengan cara yang betul dan janganlah sehingga mengguris hati atau perasaan pihak yang punya entri sebab perkara ni pernah saya lalui. rasanya tak perlulah saya nak huraikan pasal etika-etika ni, sebab semua orang dah tahu pasal perkara ni. apa yang penting ingat perkara ni "kalau kita tidak suka orang buat sesuatu perkara tu pada kita, jadi kita janganlah buat perkara tu kepada orang lain".


berdasarkan pengalaman; nak buat blog di kenali ramai

salah satu caranya promosikan link blog kita di dalam laman sosial yang banyak bertaburan di dalam dunia maya ni antaranya facebook, myspace, twitter , flixster, netlog dan lain-lain lagi. selain tu, kita mestilah rajin melawat blog blogger lain dan meninggalkan jejak kita di blog yang kita lawati. cara meninggalkan jejak juga perlulah dengan betul. kita boleh tinggalkan jejak di ruang sembang ataupun di ruang komen. ia juga dapat menambah trafik di blog yang kita lawati dan memudahkan agen pencarian mencari link ke blog kita. kalau kita ni seorang yang berbisnes, kita boleh la selitkan blog kita dalam kad nama kita. rasanya ada banyak cara kita nak buat blog di kenali ramai, tapi tak perlulah saya rungkaikan semua sebab blogger lain akan merungkaikannya lagi :D


kata-kata semangat untuk blogger lain

jangan putus asa, teruskan usaha untuk majukan blog kita. USAHA TANGGA KEJAYAAN



0 comments: