1 Jam 1 Blogger : hasrulhassan

Nama blog dan url?

Nama Blog - Bangku Kosong dan url: http://hasrulhassan.blogspot.com


Sejak bila anda buat blog ini?

Buat blog dengan url ni sejak dari tahun 2008 tapi nama blog bertukar-tukar ... sebelum jadi Bangku Kosong, blog ni dinamakan Lens Journal of hasrulhassan


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?
 
Blog yang menjadi rujukan masa mula-mula buat blog tu tak dapat nak dipastikan, rasanya blog2 dari luar ... dalam blogspot tu ... kira search sendiri dalam tu.


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Sumber rujukan banyak dari forum-forum dan laman web komuniti seperti Ehoza, Mesra.net, Virtualfriends.net


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Kerana duit? Hmm tidak juga .. saya bermula dengan blog sebab saya sukakan fotografi ... tu sebb tajuk awal blog saya .. lens journal ... tak ada pun iklan2 ni, tapi ada la letak google ads sebagai penyeri blog .. kasik gerak2.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Pengalaman manis ... bila ramai suka apa yang saya persembahkan dalam blog. Kenangan pahit .... bila ada yang tak mengerti apa yang cuba disampaikan menerusi entri di blog.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Kena jujur dalam mempersembahkan entri, kalau entri tu copy-paste .. cakap je terus terang dari mana dapat. Itu sahaja. Share is caring but kena kasik kredit yang buat entri gitu dan pencetus idea untuk buat entri.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Promosi. BUat dalam banyak cara, antaranya ping di sesetengah laman komuniti, buat signature dalam email atau dalam forum mengenai blog kita. Dan cara terbaru adalah blogwalking ... lebih nampak personal dan lebih menyakinkan.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Untuk menjadi blogger, kena ada daya kreativiti, bukan mudah nak buat orang baca blog kita. Isi mungkin sama tapi cara penyampaian tu yang berbeza. Cara penyampaian kita melambangkan identiti kita. Kalau kita suka cakap kasar2, main lepas2, kutuk2 .. maka gitulah kita sebenarnya. Kena jujur dalam memberi entri, tak perlu patah semangat kalau entri tidak dibaca atau blog tiada pengunjung. Kalau blog cukup bagus .. akan ada orang yang baca.


Anda mempunyai blog lain? Nyatakan kalau ada.

Saya ada beberapa blog lain, lensahasrul (lensahasrul.blogspot.com), hnh biz enterprise (hnhbiz-enterprise.blogspot.com)



2 comments:

Encik Blogger said...

ops.. dari blog bangku kosong sampai di sini.. nice nice.. nk jgk.. =)

Encik Blogger said...

ops.. tertekan lagi sekali.. ini bkn spam.. hehehe