1 Jam 1 Blogger : Hanie Love

Nama blog dan url?

Nama blog saya ialah Blogger’s Lover dan Url saya ialah http://grawwrbabe.blogspot.com/. Nama blog saya ini telah diilhamkan oleh adik saudara saya sendiri . hehe.. saya agak baru ketika itu dan agak buntu untuk meletakkan nama yang sesuai.


Sejak bila anda buat blog ini?

Saya mule menggunakan blog pada tahun 2007. Namun begitu,saya menjadi semakin aktif  setelah memasuki tahun 2009. Saya aktif menggunakan blog ini kerana saya teringin untuk mengarang cerita diri saya sendiri J


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Saya menjadikan blog rakan baik saya sebagai rujukan iaitu http://effeyra.blogspot.com/ atau lebih dikenali effeyra khamsah. Saya melihat nya begitu aktif membuat entry baru dan kadang2 saya mendapat perkhabaran tentang diri nya melalui blog nya.. jadi, saya ingin menjadikan blog ini sebagai pengganti diri saya sekiranya rakan2 mahu mengetahui perkhabaran diri saya..


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Ilham mewujudkan entry saya hanye aktiviti harian saya sendiri.. selain itu, saya banyak member kesimpulan hasil bacaan saya atau cerita yang saya tonton di televisyen..


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Saya hanye menggunakan blog untuk kegunaan sendiri sahaja.. saya tidak berniat untuk menjadikan blog saya sebagai hasil keuntungan sehinggalah saya mengetahui iklan Nuffnang.. saya menggunakan nufnang pon untuk menayang iklan nuffnang J kegunaan lain blog ini juga hanyelah untuk suka2 dan saya lebih suka berkongsi pendapat tentang sesuatu maklumat..


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Pengalaman manis nya saya dapat mengenali lebih ramai pengguna blogger, manakala pengalaman buruk saya sepanjang berblogging ni ialah saya pernah terserempak blog yang mengandungi benda2 18x.. agak memalukan apabila saya membuka blog itu. L


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Etika yang sepatut nya di perlukan olehseorang blogger ialah mereka perlulah peka pada bahasa post mereka.. penggunaan bahasa menunjukkan bangsa.. sekiranya bahasa kita kasar, itu menunjukkan bangsa kita tidak berkelakuan baik.. tambah pula, gambar2 yang ditayang kan juga perlu dikawal kerana gambar yang agak tidak sopan agak merosakkan minda para bloggers.. gambar yang tidak sopan dan lucah member kesan yang tidak baik kepada pembaca bloggers.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Kita sebagai pengguna blogger perlu menerokai pengguna blogger yang lain kerana bukan kita sahaja yang menggunakan blog ini.. kita kenalah rajin berkongsi maklumat dan sekiranya mempunyai kesilapan, kita sebagai pengguna blogger perlu menegur blogger lain agar mereka tidak mendapat aib.melalui sifat2 sebegini, pengguna blog pasti akan dikenali ramai J


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Jangan give untuk memperbaiki diri dalam menggunakan blog. Sentiasa ceria dan berkeyakinan untuk melibatkan diri dalam blog!


0 comments: