1 Jam 1 Blogger : Hana Rahim

Nama blog dan url?



Sejak bila anda buat blog ini? 

Sejak tahun 2009 ketika saya masih di tingkatan 4 tapi tidak aktif berblogging ketika tu sebab nak menumpukan perhatian dalam SPM,kini setelah tamat SPM saya lebih aktif menulis blog.


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog? 

Tiada kerana saya terdetik untuk membuat blog ketika saya dalam proses berpindah ke sekolah baru dan saya teringin menceritakan kenangan dan pengalaman di dalam blog :).


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri? 

Sudah semestinya Google.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog? 

Saya membina blog bukan kerana duit tapi nak menceritakan pengalaman dan luahan idea saya tentang sesuatu..dan yang paling penting saya memang minat berblogging,bukan kerana pengaruh orang lain.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging? 

Pengalaman manis bila saya suka ada orang yang sudi megambil tahu perkembangan saya melalui blog dan mendapat kawan baru :).. pengalaman pahit mungkin tiada lagi kot kerana saya bukanlah blogger terkenal.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger? 

Seorang blogger perlu tahu bagaimana nak menulis dengan bahasa yang harmoni dan memahami hak asasi setiap orang tanpa perlu mengaibkannya..


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai? 

Dengan mengetahui cara untuk mengkomersialkan blog kita maka akan meningkatlah traffik di blog kita sekaligus membuatkan blog kita dikenali ramai.


Kata-kata semangat untuk blogger lain? 

Majulah berblogging :)