1 Jam 1 Blogger : hajarhasan

Nama blog dan url?

nama blog: coretan HAJAR HASAN

 
Sejak bila anda buat blog ini?

mula buat blog tahun 2009. tp, mse tu. cincai-boncai lagi. pastu lupa password. hee~ 5 februari 2011, tetibe terjumpa password. tu yg aktif blogging semula. 


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

blog kawan saya. http://potpetpotpetcoretcoret.blogspot.com. dari situ la kenal bro ben dan blogger otai lain.


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

errmmm.. entri saya semuanya berkaitan realiti kehidupan, khayalan dan pandangan saya sendiri. original dari hati la ni. eceh.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

errkkk.. tak pernah pula terfikir sebab duit. buat blog ni pun sebab nak share pengalaman. kot masa tu tengah happy ke, takkan nak happy sorang-sorang kan. tapi dulu, anggap blog ni ala-ala tempat luah perasaan a.k.a diary gitu. tapi tu dulu la. sekarang dah matang sikit. huahuahua.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

pengalaman manis? ermmm.. bila follower bertambah dan ramai yang sudi baca entri blog. sangat-sangat seronok. rasa macam hasil penulisan kita dihargai. kan kan kan! pengalaman pahit? sedih bila tengok blogger hentam blogger. tapi, saya tak boleh nak kata apa. saya pun masih baru. sekadar mendoakan yang terbaik buat mereka. 


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

bagi saya, berblogging ni kena ikhlas. bukan semata-mata sebab duit atau nak trafik tinggi atau kejar populariti. maklumlah blogger sekarang dah macam selebriti. kan kan kan! yang penting entri yang dihasilkan berkualiti. barulah readers macam ternanti-nanti entri seterusnya. tu yang best. popular sebab hasil penulisan sendiri. cayalah!


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

errmmm... semuanya bermula daripada bawah. bukan senang nak buat blog kita dikenali ramai. macam mana nak dikenali tu, kena lah rajin blogwalking. join contest, giveaway, bloglist. tak pun organise contest atau bloglist sendiri. rajin-rajin komen entri blogger lain pun dapat membantu. 


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

teruskan berblogging. sama-sama kita berusaha hasilkan entri yang berkualiti. saling menyokong sesama blogger. tolong-menolong. tak nak sombong-sombong. and tak nak gadoh-gadoh la ye. peace yaww!!



0 comments: