1 Jam 1 Blogger : Hahazirah

Nama blog dan url?


Nama Blog: Hahazirah | Through Heart


Sejak bila anda buat blog ini?

Mula2 saya buat blog pada bulan Julai 2009. Tapi saya berhenti sekejap sebab kononnya nak tumpu pada PMR. Kemudian habis PMR kebetulan hari jadi saya jugak, saya mula blogging secara serius.


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Yang saya ingat, saya selalu tengok blog kawan baik saya sendiri, Lala Halim dan juga blog2 yang tengah femes waktu tu macam blog Liyana Lunia, Mieyabubbletalk,  Nad Cydot, Stupidosilly dan Mai Potpet (biskutsarkas). Tapi masa dulu blog Kertaz.net antara yang menjadi sebab saya berblogging sebab blog tu best sangat & sempoi tapi sekarang blog tu dah xde. :(


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Sumber dan rujukan saya biasanya datang dari diri saya sendiri. Tapi kalau ada benda saya tak tahu, saya google je. Kadang2 saya tengok apa yang sedang hangat pada masa kini untuk saya tulis dalam blog saya.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Tujuan asal saya tak lain tak bukan cuma nak sharing apa yang pernah jadi pada diri saya, kira macam memori jugak la. Saya pun sebenarnya terikut kawan2 lain yang ada blog. Selain tu, saya suka bila dapat 'mempersembahkan' artwork2 saya kat dalam blog saya dan sharing semua benda yang saya tau di blog. :)


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Pengalaman manis sangat banyak, dapat kenal kawan2 blogger dan paling best bila dapat peluang yang tak pernah terfikir pun sebelum ni hanya gara2 sebuah blog. Pengalaman pahit pulak, so far xde yang pahit sangat, cuma saya memang agak sangat terlalu terkilan lah bila ada orang copy apa2 yang ada dalam blog saya. Copy cara penulisan saya then copy layout design blog saya. Semua orang mesti tak suka bila hasil kerja ditiru kan. Jadi, tolonglah elakkan kerja2 copycat ni. 


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Etika yang perlu ada pada blogger bagi pandangan saya lah kan, kat dalam blog kalau boleh bahasa dan adab kita sangat2 lah kena kita jaga. Then kalau boleh jangan kutuk2 dalam blog. Lepastu mencarut pun kalau boleh censor kan dia. Paling penting, jangan sombong dengan pengunjung blog kita. Tak best lah kalau owner blogger sombong semacam, mentang2 lah dia dah top kan. Hope saya tak kan jadi macam tu. =)


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Wahh, pengalaman? Saya ni boleh kata bloggie lagi lah nak cakap pasal pengalaman. Tapi kalau rasa nak blog kita femes dan sentiasa ada pengunjung di blog kita, kenalah rajin blogwalking blog orang lain. Sambil blogwalking, komen lah entri dia. Atau cara yang agak licik, cuba buat havoc sikit kat blog kita macam cerita pasal benda2 yang tengah hot, mungkin dengan cara tu orang boleh kenal blog kita kot.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Keep on blogging. Blogging is fun and don't stress2 time blogging. Kita blogging nak have fun kan sambil tu dapat buat duit and kawan blogger ramai. :D



1 comments:

Hahazirah said...

yea, dah kluar sy punya. lme tunggu ni. hehe~ thanks! =)