1 Jam 1 Blogger : fiz

Nama blog dan url?

Nama blog: ~saya tukang tulis, anda tukang baca~
Url: http://hafizpunyadrama.blogspot.com/


Sejak bila anda buat blog ini?

niat nak buat lepas SPM 2009 tapi  Ogos 2010 baru terlaksana =)


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

ada dua blog...tapi 1 blog ni milik kawan fiz tapi dah jarang letak entri terbaru sebab sibuk degan kerja iaitu http://srikandin9.blogspot.com/ dan yang kedua masih berterusan adalah http://akunaziem.blogspot.com/


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

bianya kehidupan seharian tetapi bila dah tak ada idea,,sumber adalah Facebook dengan ambil gambar untuk tatapan semua dan Laman Web hiburan dan gosip...hehehehehe...


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

fiz buat blog bukan sebab nak duit...kalau kerana duit dari sekolah menengah dah buat tapi fiz suka tengok orang baca apa pendapat dan pandangan fiz dari berlainan sudut dan rasa seronok bila orang mengikuti apa yang kita buat selama seharian....fiz buat blog pon sebab suka dengan menaip...fiz kan ambil jurusan masscomm jadi ni salah satu cara nak bentuk wartawan "wannabe"..huhuhuhu..lagi pon fiz budak luar bandar...siapa kata budak luar bandar lemah dalam bidang IT???.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

manis: ermmm...cuba tengok "header" blog fiz???....itulah pengalaman yang paling manis....bukan fiz yang buatkan,,orang lain tapi dari "header" tu,,fiz dapat tunjukkan dekat orang lain yang fiz ada "trademark" yang tak ada pada orang lain dan ianya satu-satunya dalam dunia ni..!.....paling manis yang kedua adalah orang ramai baca blog fiz yang tak seberapa tu..huhuhu...

pahit: kalau pahit adalah betapa susahnya nak update entri terbaru menggunakan broadband apatahlagi nak upload gambar.....tampat fiz belajar ni bukan di bandar jadi line tu sangat menguji kesabaran....huhuhu..dan apabila masuk contest,,fiz belum menang lagi =(


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

etika yang fiz rasa perlu ada adalah dari segi penulisan iaitu jangan terlalu merojakkan bahasa dan tidak terlalu mencemuh atau mengeluarkan kata-kata kesat yang melampau walaupun blog tersebut adalah kepunyann sendiri kerana ianya akan menceeminkan siapa kita...


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

blog fiz pon masih belum dikenali ramai..tapi bedasarkan blogger senior adalah rajinkan tangan untuk blogwalking, rajin komen di blog orang lain, promosikan ping di laman-laman yang dikhaskan,tajuk entri yang menarik dan banyak lagi laa...huhuhu.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

kata-kata semangat untuk blogger lain dan untuk diri fiz juga adalah dunia blog sangat mencabar dan kadang kala ada pasang surutnya...bila buat entri jangan pikirkan tentang duit tapi tentang kepuasan bila orang lain baca tulisan kita...macam dihargai kan???....dan kita janganlah fikir nak popular je bila buat blog ni tapi kalau dapat peluang jangan pula sia-sia kan ok??..hehehehehehe.



0 comments: