1 Jam 1 Blogger : Finie Ramos

Nama blog dan url?
 


Sejak bila anda buat blog ini?

March 2009


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?
 


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?
 
www.deviantart.com, www.etsy.com, www.daydreamlily.com, kisah hidup Finie Ramos and Friends, kisah hidup saya, lukisan dan hasil kraftangan saya dan lain-lain yang saya rasa mempunyai nilai seni yang menarik.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Saya tidak menggunakan blog untuk mendapatkan duit (melalui nuffnang atau google ads - kerana blog saya adalah Ads Free Blog) tetapi menggunakan blog saya ini untuk memperkenalkan dunia kepada rekaan saya FINIE RAMOS.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging? 

Kenangan manis sewaktu mendapat follower semakin ramai dan kenangan pahit adalah sewaktu gambar yang saya post telah mendapat kritikan kerana saya tidak kreditkan gambar tersebut kepada pemilik asal gambar tersebut. (Gambar diambil dari www.deviantart.com)


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger? 

menghormati hasil kerja seseorang dan jangan lupa untuk meletakkan kredit kepada pemilik asalnya.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai? 

menulis entry yang menarik dan sentiasa aktif dalam menulis komen dan membalas komen para blogger yang lain.


Kata-kata semangat untuk blogger lain? 

Tulis dan kongsikan apa sahaja yang menarik! Pasti ada yang akan membacanya.