1 Jam 1 Blogger : Farah Ahmad

Nama blog dan url?



Sejak bila anda buat blog ini?

April 2008. Betul-betul aktif menulis Oktober 2010.


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Banyak, salah satunya Waniardy.com. Sangat suka gaya penulisan Wani Ardy, kadang-kadang sampai menitiskan air mata sebab gaya penulisannya memang menusuk kalbu. Dia jadi sumber rujukan saya dan tempat belajar untuk menulis dengan baik.


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Kebiasaanya saya menulis berdasarkan pengalaman dan isu semasa. Jika perlu, saya rujuk google untuk mencari fakta dan gambar yang terkini dan tepat.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Sebenarnya saya buat blog untuk berkongsi dan mencari pengalaman dengan semua orang. Duit itu hanya sampingan saja.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Pengalaman manis apabila dapat ramai sangat kawan baru. Walaupun tidak mengenali antara satu sama lain dalam dunia realiti, saya dapat mengenali mereka hanya apabila membaca rutin harian yang mereka tulis dalam blog mereka. Buat masa ini, saya belum ada kenangan pahit sepanjang terlibat dalam dunia blog dan harap itu tidak akan berlaku selamanya.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Etika yang paling penting adalah jangan meniru dan mencuri penulisan orang lain tanpa ada rasa hormat. Jika ambil hak orang lain, sila nyatakan daripada mana kamu ambil. Etika lain yang perlu ada adalah, bila menulis, jagalah sensitiviti orang lain untuk mengelak timbulnya rasa tidak puashati dan irihati. Risau juga ada musuh dalam diam.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Kebiasaanya gaya penulisan memainkan peranan yang penting. Orang membaca dan menilai. Selain itu, perlu juga menziarah blog orang lain dan bagi respon pada blog mereka. Disitulah blog saya dikenali.


Kata-kata semangat untuk blogger lain? 

Teruskan menulis dan berkongsi. Bukan semua orang tahu apa yang kita tahu. 



0 comments: