1 Jam 1 Blogger : dwaty

Nama blog dan url?

Nama blog : dwaty



Sejak bila anda buat blog ini?

saya buat blog tahun lalu lagi iaitu 14 may 2010


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

jujur saya katakan... kawan yang ajak saya buat blog. tapi sekarang dia sudah tidak aktif. tapi saya masih teruskan dan belajar sendiri.


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

pusat sumber saya banyak mengikut kategori masing2. apa yang saya dengar, baca dan lihat, saya jadikan sumber untuk di share. biasanya saya akan mention dari mana saya dapat. tapi kalau yang saya tidak mention, itu dari pengalaman saya sendiri.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

tujuan saya buat blog dulu sebenarnya untuk tujuan suka-suka. saya tak tahu pun blog ni boleh buat duit. saya sebenarnya ada banyak benda yang nak di kongsi tapi tak tahu macammana. nak masukkan dalam facebook, tak cukup tempat, sehinggala kawan yang rakemenkan guna blog.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

pengalaman manis saya ialah apabila mendapat kawan baru dari merata tempat. banyak benda baru yang saya tahu sejak jadi blogger.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

sabar jika masih kurang follower.. kreatif dalam menghasilkan entri.. bijak dalam memberi komen. 


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

dari pemerhatian saya, kreatif adalah faktor utama seseorang itu dikenali ramai. selain itu dengan membuat contest juga boleh menarik perhatian sesiapa sahaja untuk berkunjung.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

ini adalah kata2 untuk saya juga.. ANDA PASTI DIKENALI RAMAI.. 



0 comments: