1 Jam 1 Blogger : Cik ros

Nama blog dan url?
 
Nama blog : do or die with your dreams


Sejak bila anda buat blog ini?

Sejak Januari 2010.. lebih kurang setahun sebulan dah.


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Blog housemate saya yang bernama syariniey amran.. url blog syariniey amran : http://life-syariniey.blogspot.com/


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Saya buat entry berdasarkan pengalaman seharian saya. Entry berkisarkan tentang kehidupan harian saya. Tiada sumber rujukan sangat.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Saya buat blog bukan sebab duit. Saya buat blog sebab saya suka menulis. Saya suka berkongsi cerita tentang diri saya. Saya akan menulis kenangan manis dan pahit yang saya lalui. Saya juga suka berkongsi gambar-gambar yang saya tangkap. Boleh mengisi masa lapang.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Pengalaman manis : bila follower bertambah. Rasa seronok bila ada orang sudi jengah-jengah blog yang tak seberapa nih. Bila dapat kenal lebih ramai kawan-kawan blogger dan join contest atau giveaway..boleh isi masa lapang.

Pengalaman pahit : ada manusia yang tak bertanggungjawab..baca blog saya lepas tu jaja cerita kat orang lain..kalau cerita yang disampaikan sama dengan yang saya tulis takpe, tapi sebaliknya.dah jadi fitnah dan salah faham.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Jaga cara penulisan. Blog bukan untuk mengutuk-ngutuk dan memaki hamun orang. Hormat penulisan rakan blogger yang lain.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Kena rajin blogwalking..singgah-singgah kat blog orang lain sambil-sambil cari input yang berfaedah. Entry mesti menarik. Rajin buat contest.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Jangan berhenti berblogging walaupun kadang-kadang kita selalu kena hack dengan orang yang baca blog kita..teruskan menulis dan tingkatkan prestasi dalam penulisan agar entry yang kita buat lebih menarik .



0 comments: