1 Jam 1 Blogger : Chinta i-sha

Nama blog dan url?
 
Nama blog : Da Sweetest Thing Or ..Da Ugly Truth?


Sejak bila anda buat blog ini?

Julai 2010

Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Aku follow dia sebelum aku ada blog lagi.. since 2009..aku memang suka sangat ngan konsep blog dia. Entri menarik dan tak mengarut sangat sampai orang tak paham. Blog dia simple je. Takde hiasan yang bukan2...


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Pengalaman sendiri…kecuali jika ada entri yang di kreditkan kepada sesiapa yang berhak.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Actually, mula-mula aku buat blog..aku tak tau pun camana blog boleh buat duit..so, aku Cuma buat blog untuk luahan tekanan tempat kerja..haha..sebab aku tak tau ngan sape lagi aku kena cakap..lama-lama, bila aku dah pandai blogwalking..aku belajar sikit-sikit..owh macam tu rupanya buat duit dalam blog..oke, aku delete entri2 sensitif..haha..aku try beberapa konsep..aku start aktif januari 2011..haha..eh..menjawab soalan ke jawapan aku ni? Opss.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Pengalaman pahit tu rasanya….entah..tak pasti nak ketegori kan kepahitan tu..setiap kali aku release entri baru, incik pakwe mesti tanya macam-macam soalan via call ataupun sms. Sehingga sekarang. No komen. Serius bengang.

Yang manis pulak, bila ada kawan-kawan opis tanya url blog aku dan terus follow sekali walaupun diorang takde blog..dan diorang cakap diorang enjoy baca entri-entri aku. Tak kisah la tu ayat nak jaga hati aku ataupun sebaliknya. Hehe..thanks kawan-kawan..


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Setiap perkara yang kita buat memang ada etika. Kalau aku, aku akan pastikan setiap entri aku tu tak menyentuh sensitivity mana-mana pihak..dats y aku delete entri-entri aku yang terdahulu..sebab aku pun baru belajar..tak pasal-pasal yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Berdasarkan apa yang aku belajar dari otai-otai blogger ni, diorang menyarankan kita bersederhana..jangan kemaruk sangat nak glamer tapi entri tak menarik dan blog lambat loading..so apa cer? Kalau nak blog kita di kenali, join kelab-kelab blogger, rajin blogwalking, komen kena betul..bukan setakat komen ‘nice’, ‘I just followed u..follow me back oke’..dan sebagainya. Join contest banyak-banyak, kalau boleh join contest bloglist kat blog popular. Eh, dah banyak sangat pulak membebel..ermm..rasanya tu je yang sempat dikutip setakat ni..hehe


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Semoga kita semua sama-sama Berjaya..hehe..opss..ada lagi pesan, kalau boleh..elakkan mengutuk blog orang lain..ko ada konsep ko, dia ada konsep dia..tak semestinya buruk di mata ko buruk juga di mata orang lain..lagi? ermm…sedekah itu ada pelbagai cara, apa la salahnya bersedekah walaupun hanya link kan blog orang kat blog ko cuma 30 minit. :)


Anda mempunyai blog lain? Nyatakan kalau ada.

Kalau sudi, singgah la ke blog-blog kesayangan hamba..walaupun semuanya still under construction..haha



0 comments: