1 Jam 1 Blogger : bbkiroro

Nama blog dan url?

nama blog saya adalah kiroro life dan ini adalah url blog http://bbkiroro.blogspot.com/
 

Sejak bila anda buat blog ini?
   
saya mula menulis tanggal 23 oktober 2009.sudah setahun lebih usia blog saya.


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

mula-mula saya buat blog saya x rujuk pun mana-mana2 blog.sebab saya pada mulanya menulis sekadar suka-suka.. lagipun saya cuma menulis pasal kehidupan saya.ada jugakla terselit nasihat dan tips rasanya..sikit saja tak banyak.. pada mulanya memang saya mati akal untuk menulis tapi bila dah lama macam nie idea makin banyak plak.. Macam-macam benda saya nak tulis..

  
Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

sumber rujukan saya untuk menulis entri adalah persekitaran..Sebabnya dalam sehari banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya dan sekitar saya.. perkara-perakara macam ini la yang memberi idea untuk menulis..


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

saya x pernah terfikir pulak nak buat duit melalui blog..join nuffnang pun sekadar mencuba nasib..  x kisahlah dapat duit ke tidak.Asalkan dapat menulis.Saya buat blog hanya suka-suka untuk berkongsi maklumat dan menambah kawan-kawan. mungkin ada perkara yg orang lain boleh jadikan panduan ka melalui blog saya..sapa tahu kan..


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

setakat ini pengalaman manis saya apabila saya menulis sebuah entri ada orang komen..Wow rasa suka sangat bila orang komen entri saya.. Itu maknanya ada orang yang sudi membaca dan meninggalkan pandangan.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?


etika yang perlu ada pada setiap blogger mestilah kena berjiwa kental.tak boleh cepat putus asa walaupun dikutuk dan dikritik..


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

ini yang lemah saya nak jawab nie..Blog saya x terkenal pun walaupun dh setahun lebih saya menulis.mungkin sebab saya kurang promosikan blog kot.. Kalau nk blog kita dikenali kenalah rajin update entri yang menarik..Nanti ramai la yang akan tertarik.Promosi jugak penting.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

kata-kata semangat untuk para blogger diluar sana janganlah sesekali kamu putus asa okay..teruskan menulis..