1 Jam 1 Blogger : Ateh Mies

Nama blog dan url?

Nama blog ni adalah  yangkali ketiga tukar..maklumla orang baru kan...masih mencari-cari nama..dan ini lah nama blog terbaru : tinta hati dan minda...url nyer : http://atehmies.blogspot.com 


Sejak bila anda buat blog ini?

Oleh kerana ini adalah blog yang ketiga dibuat, (sebab blog pertama (2007) dan kedua (2008) dah lupa password dek kerana lama tak update sebab sibuk dengan keje n sambung study) so blog atehmies ni dibuat bulan Jun 2010.  Masa tu gi bercuti dengan mak n adik ke Terengganu...bosan tak tau nk buat ape...adik yang sorang lagi pun sibuk suruh buat blog sebab dia pun tgh sama-sama buat blog utk bisnes vemma dia.Maka terciptalah blog ni.


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Blog kawan masa kat U dulu.http://aufazanki.blogspot.com/. Pastu mula mencari-cari mana2 blog melalui blog kawan2 lain untuk join dan jugak sambil-sambil cari idea mcm mana nk design blog sendiri..:)


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Sumber??erm...banyak..antaranya buku2 yang saya suka baca..sajak2 yang saya hasilkan..pengalaman sendiri...blog kawan2 lain pun tak terkecuali jugak..hehe


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Selain kerana duit...sebenarnya dulu pernah dah ada Nuffnang dah kat blog..sebab lama tak  update (sibuk dgn tesis)...so lama-lama nuffnang tu dah tak de plak..so akhirnya tujuan berblogging ni hanya utk meluahkan rasa@idea@ilham@kenangan@pandangan dan sebagainya lah yang berkaitan dengan kehidupan seharian.  


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Setakat ni tak de lagi pengalaman pahit,,yer la nama pun baru kan..hehe...pengalaman manis??? bagi blogger yang baru mcm saya ni...pengalaman manisnyer ialah bila ada org lain jd follower blog dan bila orang tinggal komen kat blog..haaaa..kat situ kita lebih confident utk terus menulis dan menulis.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Etika blog kalau nak senarai memang banyak. Cuma nak higlightkan kat sini ..sebagai seorang yg beragama Islam..dah tentulah etika yang paling utamanya ialah tidak menjadikan blog ni sebagai tempat utk mempersenda agama walau dalam apa cara dan sudut sekalipun sebab selain apa yang kita cakap..apa yang kita tulis pun akan dihisab jugak kan..keduanya ialah elakkan menggunakan perkataan yang tidak baik...sebab perkataan yang kita gunakan tak kira dlm entri atau komen kat blog lain akan menggambarkan siapa diri kita..malu la kan kalau orang label diri kita buruk..


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Macam mana nak jawab soalan ni yer....sebab follower kat blog saya  tak ramai lagi....tapi yang dah biasa buat ialah dengan share kat akaun FB...tinggalkan message kat blog yang join pun boleh jugak..selain tu...join segmen2 yang mcm ni...insyaallah la orang akan kenal blog kita..

10.Kata-kata semangat untuk blogger lain?
------>Selalunya kita bg semangat pd org yang baru kan..so since dua hari lepas dah menggalakkan seorang kawan untuk teruskan membina blog...kata-kata yang paling sesuai ialah "jangan putus asa kalau nak ber'blogging'...


Anda mempunyai blog lain? Nyatakan kalau ada.

Tiada. Tapi saya baru tlg 'create' blog untuk sekolah sendiri...http://skleparhilir1.blogspot.com/ sebagai buah tangan terakhir sebelum bertukar sekolah lain...Insyaallah..



2 comments:

atEhmIes said...

hehe...dah masuk pun dlm list..

thanks so much!!

atEhmIes said...

kredit utk En. Azman Roslan

http://atehmies.blogspot.com/2011/03/blog-atehmies-dalam-segmen-bpm.html