1 Jam 1 Blogger : al-lavendari


Nama blog dan url?

Nama blog: KomenSen.  url: http://al-lavendari.blogspot.com/


Sejak bila anda buat blog ini?

Saya mula buat blog ini sejak April 2009 .


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Anak saya yang sudah ada blog yang tolong buatkan untuk saya.


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Apa yang saya tulis adalah berdasarkan pengalaman semasa belajar, bekerja, berkawan, berumahtangga dan juga berkenaan hobi serta isu semasa. Tag line saya ialah:

"Orang kecil yang gemar menulis perkara2 kecil yang kadang2 orang besar2 terlepas pandang, tetapi kalau boleh politik kepartian tak mahu bincang"


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Untuk bercerita dan berkongsi pengalaman dengan blogger yang lain serta mencari sahabat maya.

 
Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?


Pengalaman manis ialah bila kontes pertama anjuran saya mendapat sambutan di luar dugaan. Pengalaman pahit pula berkaitan insiden di mana saya disindir dengan pedas oleh seorang blogger yang saya tegur kerana menggunakan bahasa yang kurang sopan.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Perlu jujur dalam apa yang kita nyatakan. "Apa yang kita nyatakan hendaklah perkara yang benar, tetapi tidaklah semua perkara yang benar perlu kita nyatakan"


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Tulislah mengikut gaya kita sendiri. Jangan terikut-ikut atau meniru gaya orang lain atau blogger yang telah popular.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Teruskan berblog dengan gaya sendiri, walaupun tiada atau kurang pengikut dan pengomen kerana lambat laun akan ada penggemarnya.


Anda mempunyai blog lain? Nyatakan kalau ada.

Ada. Nama blognya PU.E.C ORANG X RE.T    url:  http://puecorgxret.blogspot.com/ 


1 comments:

al-lavendari said...

terima kasih kepada peneraju BPM di atas usaha murni tuan ini.