1 Jam 1 Blogger : adired

Nama blog dan url?


Nama blog ialah adired dan url ialah http://www.adired89.blogspot.com/


Sejak bila anda buat blog ini? 

Saya buat blog ni pada bulan september tahun 2008


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog? 

Saya sebenarnya dah lupa blog mana yang jadi rujukan, tapi memang banyak, sebab saya mencarinya melalui google.com.


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri? 

Sumber rujukan saya semasa menghasilkan entri ialah Google.com


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog? 

Tujuan saya membuat blog bukanlah untuk duit sebenarnya, tetapi adalah untuk meluahkan apa yang terpendam, dan apa yang terlintas di hati ini dan juga untuk berkongsi maklumat, bak kata orang orang putih, "where is the caring without sharing".


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging? 

pengalaman manis ialah dapat banyak respon dari pembaca dan pengalaman pahit ialah berbulan- bulan tidak mengemas kini blog.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger? 

Blogger haruslah mempunyai karakter yang tersendiri dan haruslah menjaga sensitiviti - sensitiviti ketika menulis.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai? 

dengan melibatkan diri dalam web komuniti - komuniti blog dan juga rajin "blog walking" serta pandai memilih tajuk entri.


Kata-kata semangat untuk blogger lain? 

Ya kawan - kawan, anda juga boleh menjadi blogger termasyhur!! asalkan kita mesti rajin berusaha !


Anda mempunyai blog lain? 

Nyatakan kalau ada. Ada, http://www.tokudin3372.blogspot.com/




0 comments: