1 Jam 1 Blogger : Ader

Nama blog dan url?

Nama blog saya ialah COLOURS OF LIFE and URL nya adalah http://crystaldiamondstar.blogspot.com

Sejak bila anda buat blog ini?
Start buat blog ni daripada tahun lepas. Kalau tak silap masa bulan October ke macam tu. Tak berapa nak ingat.

Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Sebelum ni pernah ada blog. Tapi blog yang sebelum ni lebih bersifat cryptic dan berselindung. Blog yang sekarang lebih terbuka dan menceritakan kehidupan harian serta event2 yang interesting.

Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Sumber rujukan utama dalam menghasilkan entri blog adalah berdasarkan aktiviti2 yang dilakukan, event2 yang menarik, perkara2 yang interesting dan pengalaman hidup serta pandangan terhadap sesuatu benda.

Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Secara jujurnya saya berblog bukan sebab duit. Tak pernah terfikir pun nak buat blog sebab duit melainkan blogshop. Saya berblog adalah untuk menceritakan tentang perkara2 yang saya alami, yang saya rasa serta pendapat dan pandangan saya terhadap sesuatu perkara. Saya suka berkongsi sesuatu perkara yang saya rasa ingin dikongsi. Selain itu, saya berblog untuk menambahkan kenalan dan of course, meningkatkan traffic.

Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Pengalaman pahit rasanya sewaktu saya dikritik kerana penulisan blog saya. Blog saya sebelum ni yang bersifat cryptic adalah penulisan secara fantasy. Jadi sama ada orang tak tak dapat kaitkan dengan kehidupan seharian atau mereka ingat saya ni hisup dalam fantasy. Tapi itulah cara saya membuat merangsang daya kreativiti.

Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Pada pendapat saya, etika yang perlu dipatuhi oleh setiap blogger adalah menulis sesuatu tentang diri sendiri tanpa memburukkan nama orang lain. Setiap blogger perlu menghormati blogger yang lain dan jangan perkecilkan orang lain. Tulis entri tentang sesuatu yang boleh membawa kebaikan dan perkara positif. Kalau nak tulis perkara negatif untuk sekadar mengingatkan orang lain, itu dibolehkan tetapi janganlah sampai melibatkan orang lain dan menjatuhkan nama serta maruah orang lain.

Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Secara jujurnya, saya tidaklah berapa arif dalam hal ni kerana saya buat blog tu macam diary saya. Tapi saya rasa kalau nak blog kita dikenali ramai, kita perlu promote blog kita. Tidak kira lah sama ada di facebook atau mengambil bahagian dalam segmen2 yang macam ni. :D

Kata-kata semangat untuk blogger lain?
 
Kalau nak buat blog ni kita mesti konsisten. Tak boleh lah kita tinggal blog kita tanpa menulis sebarang entry terlalu lama. Ini akan mengurangkan pembaca. Dan dunia blog ni adalah satu dunia yang mencabar. Kita perlu menerima kritikan daripada orang lain untuk memperbaharui serta memperbaiki diri kita. Jangan sesekali mudah berputus asa. ;)

Anda mempunyai blog lain? Nyatakan kalau ada.

Saya mempunyai satu lagi blog iaitu blog lama saya (THE OTHER SIDE OF ME : http://darknightprincess.blogspot.com) dan satu blogshop (nak promote juga dekat sini), THISTLE BLOOM (http://mythistlebloom.blogspot.com).


0 comments: