1 Jam 1 Blogger : tams

Nama blog dan url?

Theres Nothing Like A Good Old


Sejak bila anda buat blog ini?

Mula berjinak-jinak kelembah penulisan blog pada awal Ogos 2008 namun berjaya membuat entry pertama pada 14 Ogos 2008...

 
Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Rujukan pertama adalah... tadaaaaaaaaa http://jalilsalleh.blogspot.com/


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Sumber rujukan dalam menghasilkan entri adalah pengalaman hidup yang mematangkan diri serta mendewasakan fikiran...huhuh


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Untuk menghilangkan stress dan meluahkan perasaan hari dah sanubari.. meskipun ia kelihatan gadis namun ia berkesan..percayalah 


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Pengalaman manis apabila kawan/saudara/kenalan  suka membaca dan menyatakan yang dia suka membaca setiap entry yang saya post (mampu membuat mereka tersenyum)namun disebalik kemanisan ada juga sedikit kepahitan, takkala ada yang menyindir penulisan saya... ia mungkin atas faktor cemburu.. namun ia adat yang harus ditempuh oleh insan yang kacak..wahahaha


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Don't copy and paste kalu nak pinjam ayat bulat2 bagi kredit kat penulis, takpun pastikan 70% dari ayat adalah karya anda sendiri..(mcm format tulis thesis plak..huhuhuhu)


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Berdasarkan pengalaman hidup yang masih kekurangan garam ini, aku sekadar mengepostkan link blog kedalan facebook setiap kali ada entry baru.... itu semua atas faktor ingin "seperet the knowledge"


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Selagi mana kamu mampu berfikir dan bekarya maka bekaryalah, namun jngn sampi memalukan dan memberi kesan negative kepada insan lain...  


0 comments: