1 Jam 1 Blogger : SUE

Nama blog dan url?
 
Nama blog saya yang baru diberikan ialah "Ceritera Warna Warni Kehidupan". Sebelum ini, blog saya ini diberi nama "Without You, My Soul Knows No Rest" dan kemudian bertukar kepada "Tanpamu Siapalah Aku". URL blog saya ialah, http://ladymiaka86.blogspot.com/
 

Sejak bila anda buat blog ini?
 
Blog ini telah mula dibuat sejak Oktober 2007, namun ianya tidak aktif. Sekarang ini blog ini baru bergerak aktif semula.


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?
 
Semasa mula-mula saya membuat blog, saya jadikan blog teman baik saya, Yoyo, sebagai rujukan, iaitu http://yoyokohaku.blogspot.com/ dan kemudian saya menjadikan beberapa blog rakan-rakan saya sebagai rujukan juga. Antaranya ialah,

           a)  "Berjalan, Melihat, Mentafsir"
                 http://simplelifeofniza.blogspot.com/

           b)  "This Is..Me"
                 http://hayatihamid.blogspot.com/

           c)  "life is beautiful..keep smiling"
                 http://lovelifebyleli.blogspot.com/

           d)  "Islam is The Way of Life"
                 http://eisyaablog.blogspot.com/
 

Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?
 
Kebiasaannya, saya hanya menceritakan kisah rutin kehidupan harian saya. Apa-apa pengalaman yang saya lalui setiap hari, dan ada juga sekali-sekala saya masukkan info-info semasa. Saya menjadikan blog-blog orang lain ataupun berita online sebagai sumber/rujukan saya.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?
 
Mula-mula saya membuat blog adalah kerana suka-suka untuk buat blog. Bila saya tengok orang lain ada blog, saya pun rasa nak juga ada blog sendiri. Lagipun saya sememangnya minat menulis. Cuma masa yang terhad menyebabkan kadang kala perasaan untuk menulis terbantut. Blog ini, sekadar meluahkan apa yang saya rasa terhadap sesuatu perkara.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?
 
Antara pengalaman manis sepanjang saya berblogging adalah bila mendapat kenalan baru dalam dunia blogging. Selain itu, pengalaman blogger-blogger lain yang banyak membantu saya untuk mendapatkan rujukan/panduan untuk setiap apa yang saya lalui dalam kehidupan. Pengalaman pahit pula, setakat ini, tiada.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?
 
Setiap blogger haruslah saling menghormati blogger yang lain baik dari segi gaya penulisan, isu yang disampaikan dan juga personaliti seseorang blogger itu. Setiap blogger juga harus tahu batas-batas mereka dalam menyampaikan apa yang mereka rasa. Sebagai contoh, andaikata seseorang blogger itu telah berkahwin dan statusnya kini seorang isteri, dia seharusnya tahu batas-batas seorang isteri supaya tidak menyatakan segala apa yang berlaku dalam rumahtangganya. Pembaca boleh menyalahertikan maksudnya dalam sesuatu entri yang berkaitan dengan rumahtangganya. Tidak perlu rasanya untuk bercerita masalah rumahtangga kepada orang luar yang jelas-jelas tidak mengenali diri si penulis.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?
 
Berdasarkan pengalaman saya, sebagai blogger, seharusnya kita rajin untuk berkunjung ke blog-blog yang sememangnya sudah dikenali ramai selain mengunjungi blog-blog yang kurang dikenali. Bila kita sudah berkunjung, kita haruslah meninggalkan jejak untuk kita dijejaki semula. Dengan cara itu, para blogger yang lain sudah tentu akan terperasan dengan kehadiran kita. Secara tidak langsung, blog kita akan dikenali ramai.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?
 
Untuk blogger-blogger di luar sana, janganlah anda berhenti menulis jika penulisan anda tidak mendapat sambutan. Perbaiki gaya penulisan dan mutu entri anda. Jangan mudah putus asa. Sikap tidak putus asa akan membawa kejayaan kepada anda.


Anda mempunyai blog lain? Nyatakan kalau ada.
 
Saya mempunyai blog yang lain. Blog ini hanyalah untuk saya menyertai contest, giveaway dan lucky draw yang diadakan oleh blogger lain. URL blog ialah, http://suesofiancg.blogspot.com/


0 comments: