1 Jam 1 Blogger : Sofea Lang

Nama blog dan url?

Nama blog 'Fearless to Speak Now' dan url nya ialah www.sofealang.blogspot.com.


Sejak bila anda buat blog ini?

Sejak awal tahun 2010 tetapi jarang aktif blog disebabkan masa lebih banyak kepada praktikal.


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Blog yang menjadi pilihan saya untuk dirujuk semasa permulaan blogging adalah blog Ben Ashaari.


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Antara sumber untuk saya menghasilkan blog adalah idea-idea yang timbul dari akal fikiran dan menggunakan berita-berita semasa dalam dan luar negara. 


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Duit adalah perkara yang kedua walaupun ia amat penting bagi saya tetapi kebahagiaan hati adalah yang pertama. Disebabkan itu, untuk menenangkan hati dan mencari kebahagiaan, saya menggunakan blog untuk meluahkan perasaan yang tersimpan dalam hati yang selama ini dipendam sekian lama. Itulah yang dikatakan 'Fearless to Speak Now'.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Antara pengalaman manis yang ditemu semasa berblogging ini adalah menyertai pelbagai 'contest' yang diadakan oleh blogger. Sekaligus perkara ini, mengalihkan perhatian saya untuk tumpu pada masalah. Kenangan pahit tidak ditemui memandangkan saya masih 'newbie' dalam berblogging.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Setiap blogger perlu mempunyai etika dan mengamalkannya dengan baik. Etika yang perlu ditekankan di sini adalah penggunaan kata yang tidak menyinggung mana-mana pihak. Selain itu, blogger tersebut perlulah jujur dalam menulis entrinya. 


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Dengan adanya kandungan isi yang menarik, pasti ada yang berminat untuk melawat blog kita setiap hari. Oleh itu, kreativiti memainkan peranan yang penting dalam dunia blogging. Penggunaan bahasa yang biasa digunakan oleh anak muda sekarang membuktikan sesebuah blog itu dikenali ramai. Ayat yang bersahaja juga menarik sesiapa sahaja untuk membaca blog tersebut sambil bersantai.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Teruskan semangat untuk mencapai objektif anda dalam dunia blog. Jangan putus asa dan ingat rezeki itu ada di mana-mana sahaja. 'Ceria berblogging' dari saya.