1 Jam 1 Blogger : Nurza Diana

Nama blog dan url?

Nama blog M.U.S.I.C.S.P.E.A.K.S:) dan url blog http://nurzadiana.blogspot.com/


Sejak bila anda buat blog ini?

Blog dibuat sejak 21 Januari 2011


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Rujukan pada mulanya ialah blog Irene Nadia Marcello


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Sumber/Rujukan dalam menghasilkan entri ialah dari isu semasa, pengalaman diri atau orang disekeliling,  pendapat tentang sesuatu perkara dan perihal peribadi


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Selain kerana duit saya membuat blog untuk berkongsi pelbagai cerita yang saya tempuhi dan berkongsi serba sedikit tentang diri saya disamping saya memang suka menulis


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Pengalaman manis apabila stats blog meningkat, ada follower dan ada comments manakala pengalaman pahit pula ialah tiada viewer langsung dalam satu-satu masa. Ini mungkin kerana saya masih baru dalam dunia blogging. 


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Etika yang perlu ada pada setiap blogger ialah penggunaan bahasa yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat disamping mempunyai idea yang menarik untuk setiap entri untuk menarik minat orang membaca.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Pada pengalaman saya, untuk membuat blog dikenali ramai ialah dengan membuat entri yang menarik, mempromosikan blog di laman sosial lain, banyak sertai contest dan rajin blogwalking.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Jangan cepat putus asa, teruskan menulis.



0 comments: