1 Jam 1 Blogger : Nurul / Nad

Nama blog dan url?

Nama blog -  "Somewhere Over The Rainbow"


Sejak bila anda buat blog ini?

Saya mula membina blog pada tahun 2009, tapi mula aktif berblog pada tahun 2010


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Banyak juga blog yang dibuat rujukan, tetapi paling kerap ialah blog "Jeritan Blog" (http://jeritanblog.blogspot.com/) sebab segala penerangan dia sangat mudah difahami.


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Sumber yang saya perolehi adalah dari akhbar, email yang saya terima dan juga peristiwa yang berlaku di sekeliling saya sebab saya rasa blog saya lebih kepada menceritakan peristiwa dalam hidup saya.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Tujuan saya buat blog adalah lebih kepada suka-suka selain berkongsi cerita dengan kawan-kawan blog yang lain.  Disamping itu juga, tujuan saya buat blog adalah sebagai satu tempat untuk meluahkan apa yang saya rasa.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Pengalaman manis adalah melihat follower yang semakin bertambah walaupun bertambah cuma seorang atau 2 orang, tapi saya sangat-sangat menghargainya.Terima Kasih..!~

Pengalaman pahit pula ialah melihat entri yang telah di tulis, tapi tiada ulasan dari blogger-blogger lain.hehe.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Pada saya, cara penulisan seperti penggunaan bahasa yang perlu dijaga dalam setiap penulisan entri setiap blog sama ada pemilik blog atau yang memberi ulasan kepada entri. Ini adalah disebabkan kadang-kadang yang memberi ulasan, menggunakan bahasa yang kasar apabila ingin mengkritik blog orang lain.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Pada saya, blog akan dikenali ramai apabila kita rajin menyertai kontest-kontest yang dianjurkan oleh blogger lain serta menyertai mana-mana komuniti blogger.  Selain itu, kita juga perlu rajin untuk membuat "blogwalking" pada blogger-blogger lain dan sambil itu juga tinggalkan komen pada "shoutbox" atau buat exchangelink pada blogger lain.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Kata-kata semangat?Oleh kerana saya juga masih baru dalam bidang Blogging ni, saya ucapkan Selamat Maju Jaya untuk kawan-kawan blog semua.


0 comments: