1 Jam 1 Blogger : Nurul Afifah

Nama blog dan url?

Nama blog saya 'Boing Boing' dan url blog saya http://afifahaddnan.blogspot.com/


Sejak bila anda buat blog ini?

Saya membuat blog ini sejak bulan Disember 2010. Masih baru :)


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Blog kak lyssa (lyssadollixiouse.blogspot.com),putri nadia ( princesseunhyuk.blogspot.com ) dan intan (keepmysecretreaders.blogspot.com)  menjadi rujukan saya semas mula-mula membuat blog.


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Sumber/rujukan saya dalam menghasilkan entry adalah dari keadaan semasa, internet, contest yang saya turut serta dan dari idea saya sendiri.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Tujuan saya buat blog kerana tertarik dengan dunia blogging yang membuka pandangan saya dalam pelbagai perkara, dapat belajar perkara baru serta dapat membantu saya menghabiskan masa lapang saya. 


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Pengalaman manis saya adalah semasa menyertai segmen abg ben (http://www.benashaari.com/) dan karya saya ( http://afifahaddnan.blogspot.com/2011/02/tuan-direktor-pilih-kasih-eh.htmldiiktiraf ramai blogger. Memang suka sangat.!! Pengalaman pahit bila saya biar diri saya dengki dan mula mencari kesalahan blogger lain yang lebih bagus dari saya. Saya memang menyesal dan sekarang menjadikan blogger-blogger hebat sbg 'guru' saya.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Pada saya setiap blogger perlu ikhlas untuk menjadi blogger yg baik. Dari menulis entry, komen entry malah ping entry kita perlu ikhlas. Bukan semata-mata nak jadi terkenal tapi perlu ada niat semata-mata untuk menjalankan peranan sbg seorang blogger.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Berdasarkan pengalaman saya, untuk membuatkan blog kita dikenali ramai kita perlu menyertai group2 blogger seperti Sahabat Blogger, sentiasa blgwalking,meninggalkan komen di setiap entry yg kita baca (komen dgn ikhlas), ping entry (di twitter, facebook, group2 blogger), membuat entry yg menarik ( boleh jadi menarik kerana unsur humor atau menarik kerana isu yg dibincangkan) , menjalinkan hubungan baik dgn blogger yg lain dan tidak melakukan perkara-perkara taboo dalam dunia blogger ( cth : membebankan blog dgn widget yg banyak, lagu autoplay, ada ayat seperti -kalau ko xcke blog aku g blah r-, entry yg melampau dll)


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Jangan mudah putus asa. Ingat yg blogging is fun dan jgn malu untuk meminta pertolongan blogger lain utk membantu kita. Usaha tangga kejayaan.!


Anda mempunyai blog lain? Nyatakan kalau ada.

http://nurulafifahaddnan.blogspot.com/. blog ini kosong. Tak ada apa2 pon.



0 comments: