1 Jam 1 Blogger : nurana

Nama blog dan url?

nama blog Something.dan url nya – http://nurana-something.blogspot.com 


Sejak bila anda buat blog ini?

buat blog sejak tahun 2009 lagi.kemain lame kan.tetapi dahulu hanya update 2 ke 3 kali je.almaklumlah online pun kat cyber café je.so semangat untuk mengupdate tu sangat lah kurang.


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

mula2,tak ade rujukan pun.dulu sangat jarang dengar orang yang buat blog.tetapi mula aktif bila tahun 2010 akhir tahun macam tu,selepas terjumpa fanpage hanis zalikha dan fatin liyana di facebook.mula untuk follow diorang dan kembali aktif untuk membuat entri2 baru.


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

sumber tak ade.Cuma semuanya dari hati.tentang diri dan kadang2 tentang pendapat.setiap entri perlu yang terbaik.sebab tu kadang2 saya jarang update blog.sedangkan semua entri tersimpan rapi dekat draft.bagi saya sebelum post something,saya perlu baca dan check banyak kali before post.saya betul2 mementingkan kualiti dalam penulisan dan akan memikirkan kesan penulisan saya terhadap respon dari setiap orang.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

oh sebab duit?seriously tak pernah terfikir pasal duit.buktinya nuffnang tak pernah berganjak dari 23 sen itu.siapelah yang click sampai ade jugak sesen dalam tabung nuffnang tu..arigato! hehe..erm..tujuan nya adalah untuk meluahkan pendapat tentang diri dan ingin berkongsi dengan ramai orang.bukan tak boleh untuk berkongsi sesame rakan tetapi kadang2 writing is better than speaking.betul tak?dari tulisan la semua kebenaran akan lahir.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

pengalaman paling manis bila ade blogger lain promote blog ni.macam tak percaya je.dan pengalaman yang manis juga bila ade orang yang singgah dan sudi untuk komen entri2 kat blog ni.rasa macam bahagia sangat.tak sangke ade jugak orang sedar akan kewujudan blog ni di dunia bloggers.hehe.pengalaman paling pahit ialah..owh setakat ni tak ade lagi.dan hope tak akan ade lah..:)


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

etika yang perlu dan paling penting untuk setiap blogger adalah perlu untuk menghormati blogger lain.Dalam berblogging,setiap huruf dalam penulisan anda akan dinilai oleh pembaca jadi fikir dahulu sebelum tulis.bagi saya setiap blogger yang lahir dah ada bakat dalam diri masing2 untuk menulis,tak kisahlah bakat untuk menulis puisi,menulis tentang minat,diari,tentang hal ehwal semasa tetapi perlu dititikberatkan tentang kualiti yang ada dalam setiap entri.Lagi,etika yang perlu ada untuk sentiasa membina hubungan baik dalam kalangan rakan2 blogger.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

untuk dikenali ramai.perlu kerja keras.biasalah,siapa yang nak Berjaya mesti bermula dengan kerja keras dan berusaha.apa yang saya maksudkan disini ialah,kerja keras dari perspektif dalam diri anda sendiri.kerja keras pertama adalah membaiki dan mencari idea serta sebanyak mana maklumat dalam membuat entri yang terbaik.kerja keras kedua adalah untuk blogwalking.maksud saya,cari seramai mana rakan blogger dan bina tali persahabatan dengan mereka,rajin untuk membaca entri mereka dan rajin juga untuk mengutarakan komen2 anda.sekarang pun dah mudah,group2 seperti sahabat blogger,geng blogger serta BPM .disinilah tempat blogger berkumpul.dan yang kerja keras ketiga adalah untuk join sebanyak mana contest dan aktiviti yang diadakan.tidak kisahlah dari BPM mahupun dari blogger2 lain.kerja keras ni ternyata akan meningkatkan traffic .percayala..:)


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Rakan2 blogger ku.teruskan untuk menulis.walaupun penulisan nampak macam kecil je,dan kadang2 tak dipandang pun.tetapi ingatlah,dari penulisan lah lahir pelbagai pendapat dan komen.tulisan juga lah yang bakal merubah dunia.kerana,tulisan dapat merubah persepsi setiap orang yang membacanya.terima kasih..