1 Jam 1 Blogger : ketawariang

Nama blog dan url?

life's aint easy, www.saiffah.blogspot.com


Sejak bila anda buat blog ini?

August 2007


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

blog isuhangat.net dan blog kawan-kawan.. masa tu ramai dah start berblog dekat Universiti..


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Blog saya lebih kepada kisah peribadi dan review terhadap movies yang saya tonton... sekarang dah mula kembangkan scope review... tempat yang dilawati dan tempat-tempat makan.. dah tambah scope resipi juga sekarang sebab saya suka masak... :)


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Berkongsi pengetahuan saya dan menggembirakan orang lain.. contohnya bila saya kongsi resipi, orang buat dan berjaya, saya rasa puas dan gembira.. begitu juga dengan review saya..


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Pengalaman manis, saya telah dapat banyak belajar dari blogger lain.. sekarang cuba untuk memperkenalkan blog saya... pengalaman pahit - ada silent follower yang hebahkan pasal blog saya ni..dia cakap saya macam-macam lepas baca blog saya.. tapi bagi saya, orang tu dia cemburu. sebab tu dia cerita bukan-bukan pasal saya.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

etika untuk memastikan post selalu update supaya pembaca x bosan, jangan gunakan kata-kata kasar, gunakan ejaan yang betul ketika membuat post.. (saya pun tengah menyesuaikan diri lagi)


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai? 

jangan takut untuk join contest. Tinggalkan link anda setiap kali buat komen. beri komen yang membina, jangan asyik hentam orang, buat post yang orang minat nak baca. guna ejaan yang betul ketika berblog.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

kepada blogger baru, jangan putus asa... blog selagi anda mampu.. mungkin anda tidak mempunyai follower,tetapi dengan berblog, anda sebenarnya telah melepaskan sedikit bebanan di dada...dan percayalah, suatu hari nanti anda akan terkenal. usaha tu penting..

  



3 comments:

ketawariang said...

thanks BPM! baru je sempat bukak blog pagi ni... :D

http://saiffah.blogspot.com/2011/02/tersenarai-dalam-1-jam-1-blog.html

Azman Roslan said...

@ketawariang sama-sama..

ketawariang said...

:D