1 Jam 1 Blogger : Husna

Nama blog dan url?

Nama blog: Listen To My HEARTBEAR, url: husnapurple-apple.blogspot.com


Sejak bila anda buat blog ini?

Saya baru lagi buat blog ini . . ikutkan tak sampai setahun . . saya mula buat blog ini pada 23 Jun 2010 .


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Saya tidak pasti tapi saya rasa saya lebih rujuk pada blog kawan saya tetapi sekarang beliau sudah unactive blog beliau . . 


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Kebanyakan entri saya adalah diari kehidupan saya setiap hari . . di bahagian header blog saya pun sudah tertera ayat “Inilah Diari Sepanjang Kehidupan Ku”.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Lebih untuk mengisi masa lapang dan tempat untuk luahkan perasaan .

 
Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Pengalaman manis saya sepanjang berblogging ini banyak, antaranya ramai yang puji design blog saya . . haha, ape yang cantik entah lah kan . . selain itu, jika saya update blog dengan entri sedih-sedih, kawan-kawan ramai tanya khabar, ok ke tidak ?? terharu sikit . . pengalaman pahit ada sikit iaitu, ada yang salah tafsir apa yang saya update iaitu ketidakpuasan dengan seseorang tetapi saya tidak sebut pun sesiapa dan cuma meluahkan sahaja di blog dan saya ada mintak maaf di akhir penulisan saya pada update tersebut . . manusia kan, tidak sesiapa pun yang sempurna .


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Hormat antara satu sama lain dan budi bahasa itu penting . . “BUDI BAHASA BUDAYA KITA”, yaa tak ?? heee


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Lebih banyak kan tutorial atau tips-tips . . itu dari pengalaman saya melihat blog orang yang terkenal .


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Semoga apa yang kita buat ini diredhaNya dan yang penting apa yang kita taip itu adalah dari hati yang tulus . 



0 comments: