1 Jam 1 Blogger : Haziq/Ajid

Nama blog dan url?

Haziq Zainal (Campus Life) http://haziqz.blogspot.com


Sejak bila anda buat blog ini?

Blog ni lahir pada Jun 2010.


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Oh ramai sangat. Dua blog utama ialah Blog Hanis Zalikha & Blog Yang Penting Rupa


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?
  
Banyak, banyak dan banyak sampai tak terlist down. Hehe


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Hobi yang suka menulis dan merepek dan membuat orang terhibur (kalau terhibur alhamdullilah la)


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Manis - Tersenarai dalam 50 Blog Baru Pilihan Malaysia. 
Pahit - Pernah mempunyai blog dan terpaksa mendeletenya disebabkan masalah teknikal. Sedih gila sebab blog tu ada sentimental value ;')


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Etika? Nak suruh bersopan sangat tak la sebab aku pun kadang2 tak sopan. Kihkih. Tapi the most important thing in blogging is cara penulisan. Kalau selalu sangat guna shortform sampai orang tak faham baik tak payah buat blog kan?


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Blog aku tak la dikenali sangat pun. Biasa2 je tapi kalau nak traffik naik kena rajin BLOGWALKING and update entry yang best2. Tajuk entry pun penting. Itu yang akan attract visitors untuk datang.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Blogger yang baru2 ni jangan la patah semangat. Semua orang bermula dari bawah, mana ada orang baru buat blog terus famous kecuali kalau selebriti la. So kalau betul2 nak blog dikenali ramai, go for it ;)



0 comments: