1 Jam 1 Blogger : Hanis Aleeya

Nama blog dan url?

Nama blog saya adalah Cetusan Aleeya. Urlnya http://www.hanisaleeya.gomofm.org
 

Sejak bila anda buat blog ini?

Blog ini telah wujud sejak bulan Januari 2010. Ini merupakan blog kedua yang dibuat selepas http://hawaniswah.blogspot.com
 

Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Saya tidak merujuk kepada mana-mana blog kerana saya telah berblog sejak 26 Ogos 2006, tahun di mana fenomena berblog belum lagi tercetus di Malaysia. Selepas hampir setahun baru saya terjumpa blog kakak angkat saya di sekolah menengah dan menukar template. Sejak itu saya setia dengan Pyzam.com sekiranya ingin menukar template blog. Ini kerana Pyzam.com menggunakan arahan html yang ringkas dan mudah untuk saya sesuaikan dengan kehendak saya. Template yang saya gunakan sekarang juga dari Pyzam.com tetapi tidak seperti semua template di Pyzam, saya telah tetapkan supaya sidebar terletak di sebelah kiri. Saya juga telah membesarkan ruangan main column dan sidebar serta header supaya memudahkan pembaca. Tidaklah mereka perlu scroll ke bawah banyak kali sekiranya entri yang saya tulis terlalu panjang. Semuanya sudah custom made.


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Selalunya entri yang saya lakukan adalah hasil karya saya. Kebanyakannya berbentuk cerpen dan sajak termasuk cerpen saya yang telah dikeluarkan oleh Remaja dalam edisi 15 Januari 2010 yang lepas. Anda boleh membaca cerpen itu di sini. http://www.hanisaleeya.gomofm.org/2010/04/saat-terakhir.html

Ada juga isu semasa yang saya ulas dan diletakkan dalam blog conthnya fenomena cinta satu malam yang semakin berleluasa dan menyebabkan kes buang bayi semakin meningkat dengan sangat ketara. Anda boleh baca entri itu di sini. http://www.hanisaleeya.gomofm.org/2011/02/cinta-satu-malam.html

Kadangkala jika berkesempatan saya akan menjelajah ke page facebook terutama dua page yang saya kendalikan iaitu Kelab Blogger Tegar Malaya dan Bloggers Malaysia. Sekiranya ada blogger yang ingin meninggalkan link anda di kedua-dua page tersebut, anda adalah amat-amat dialukan. Kelebihan memping blog di Bloggers Malaysia adalah kerana setiap admin akan memping entri anda kembali supaya semua fan Bloggers Malaya boleh melihat entri yang telah anda tulis dengan susah payah dan bukannya tersebar kepada teman-teman anda sahaja.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Saya tidak berblog kerana duit. Walaupun ada iklan nuffnang di blog saya tetapi tujuan utama saya bukannya untuk Nuffnang. Saya berblog untuk melepaskan gian menulis. [Ya, saya seorang penulis yang tegar.]


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Pengalaman manis saya adalah apabila dapat menarik pembaca ke blog saya dan mendengar siaran radio saya terutama sekali jia saya sedang ke udara bersama GomoFM. Dan link yang saya gunakan sekarang juga merupakan link berdomainkan .gomofm.org.

Pengalaman pahit pula adalah apabila terpaksa bertukar link blog beberapa kali kerana stalker yang cuba menghalang saya daripada berblog. [saya benci stalker.]


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Bagi saya, etika yang perlu ada bagi setiap blogger adalah untuk menyampaikan sesuatu informasi dengan tepat. Dari sudut bahasa pula seharusnya blogger menjaga percakapan mereka supaya tidak menyakitkan hati sesiapa pun

Tetapi memang ada sesetengah blog yang menyebarkan gosip terkini dan etika ini selalunya tidak diikuti oleh golongan ini. Tetapi ini boleh dmaafkan kerana mereka menyebarkan rumor.

Blog berunsur fitnah adalah tidak wajar sama sekali.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Berdasarkan pengalaman saya, anda haruslah mempunyai hubungan baik dengan blogger-blogger lain. Kerana kita sesama blogger saling bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan maklumat dan pelawat [khas untuk blogger yang menjana wang dengan blog].

Kalau seperti saya, saya menyertai GomoFM, Gengblogger dan Blogger Chatroom; tiga laman komuniti yang sering memberikan saya trafik. Di sana saya sering berborak dengan teman-teman blogger. Walaupun sesekali berlaku pertelingkahan tetapi sebolehnya biarlah pertelingkahan itu tamat di situ saja dan tidak menyimpan sebarang dendam kepada sesiapa pun.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Teruskan berblog selagi mampu. Tidak rugi meluangkan sedikit masa dalam sehari untuk menulis entri meskipun sekadar coretan peribadi. daripada blog, saya dapat keluarga alam maya saya.

Terrima kasih kepada abang, kakak, along, angah, acik, alang, adik, mama, papa.. Semuanya saya ada. Dan terima kasih juga kepada laling saya Namia Tazmania [http://www.namia.gomofm.org] dan b. Tidak lupa kepada adikk [ya, ada dua 'k' di situ] terlebih umur saya Anastasia Ann [http://anastasiaann.com]. Kalau saya senaraikan semuanya tidak akan cukup selembar :)


Anda mempunyai blog lain? Nyatakan kalau ada.

Ya. Blog pertama saya masih boleh diakses di http://hawaniswah.blogspot.com. Dan saya juga ada dua blog novel iaitu http://hanisaleeya.blogspot.com dan http://utulis.blogspot.com serta satu blog lagi yang dikendalikan bersama admin Bloggers Malaysia yang lain iaitu http://bloggers-malaysia.blogspot.com.


0 comments: