1 Jam 1 Blogger : Faiz

Nama blog dan url?

My Official Blog (http://mofaizmz.blogspot.com)


Sejak bila anda buat blog ini?

September 2009


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Lixdo[dot]Net (http://www.lixdo.net/) dan Senandung Ceritera Ku (http://choco-top.blogspot.com/)


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Selalunya hasil bacaan umum, tapi kebanyakannya berkaitan dengan IT.. kadang-kadang entry tutorial saya buat berdasarkan hasil godek-godek dengan tools yang ada.. dan kadang-kadang juga entry berkenaan editing photo.. pun dari hasil godek-godek dengan photoshop..


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

jujur saya cakap, masa mula-mula buat blog dulu.. tak tau pun kewujudan nuffnang dan buat blog boleh generate duit.. tujuan asal nak kongsi pendapat, pandangan, hasil amatur saya, dan tutorial kepada hasil saya.. lagipun trend time tu semua nak ada blog.. Facebook pun tak famous lagi time tu..


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

pengalaman manis.. menang contest yang dianjurkan oleh blogger lain dan hasil amatur saya tu dihargai oleh orang lain. pahit xde lagi..


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

jujur dan ikhlas masa berblogging.. toleransi pun kena ada jugak.. berblog bukan kerana semata-mata duit.. at least kalau follow blog orang, pastikan ada ikut perkembangan blog tersebut.. bukan masuk sekali je, promote pastu tak masuk-masuk dah.. kalau tak komen pun,. jadi silent reader pun dah cukup bagus..


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

entry yang berkualiti.. walaupun blog saya tak cukup kualitinya, saya tengok blog-blog yang famous ni selalunya entry mereka mampu menarik perhatian pembaca.. selain tu SEO dan keyword yang bagus pun boleh tarik pembaca dari luar.. (ni ada blogger otai yang bagitau saya)


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

yosh.. jom sama-sama kita berusaha memeriahkan dunia blogging..


0 comments: