1 Jam 1 Blogger : diana

Nama blog dan url?

nama blog akak senyum-senyum.urlnye http://diana-senyumsenyum.blogspot.com/.


Sejak bila anda buat blog ini?

mula2 akak buat blog dulu pada tarikh 9/5/2010.masa tu tau buat entry je.nak bw ke..nak follow orang ke memang tak reti la..memang kurang ajor betoi..jangan kan ben ashari,redmummy pun akak tak kenal.hehhe..


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

dulu mula2..akak jumpa satu blog ni.blog hak milik mira...http://the89dimension.blogspot.com/.hari2 akak pi blog dia.akak geledah bloglist dia jumpa la tip2 berblog dari ramai blogger.jadi dari situ la sebenarnye akak belajar berblog ni..


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

kalau cerita pasal idea menghasilkn entry ni akak sendiri tak tau dari mana.kadang2 tengah berbual2 dengan suami pun idea tu datang.tengok drama2 pun datang jugak idea tu.tapi yang sebenarnye akak ni suka membaca..baca surat khabar baca majalah2 yang ada berita semasa,tengok berita..ada jugak sebahagian entry akak dari pengalam sendiri dan orang2 sekeliling akak..


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

berblog ni memenag best..selain dapat duit dapat kawan2 jugak..dah dua kali sebenarnye akak cashout..tapi seronok cashout tu tak dapat dibandingkan dengan seronok dapat ramai kawan.boleh dikatakan  blogger2 yang rapat dengan akak bukan setakat taraf ibu2 je..budak2 bujang pun ramai..anak2 gadis pun ramai..tu yang buat seronok nye..kita boleh kenal ramai orang.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

sepanjang pengalaman akak berblog ni yang paling pahit sekali bila kita di kecam.maklum la..blog akak bukan blog diari harian.blog akak ada tip2..ada berita2 terkini..ada teguran2 untuk blogger..tapi tak semua orang boleh terima teguran akak ni.ada yang kata akak ni kasar sikit cara menegur nye.mungkin betul la..bagi akak kalau semua orang tegur dengan lemah lembut lentok gemalai,ada tak yang rasa terkesan.bukan semua orang hatinya selembut tisu.ada jugak yang sekeras kerikil.ok..yang manis lak bila ada orang follow blog kita la..heheh..best!!


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

akak tak tau etika berblog..tapi yang akak amalkan selama ni cuma bekerjasama.bila orang datang blog kita kita pun kena la pi blog dia.tu je la kot.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

cara nak bagi blog kita dikenali ramai??buat entry yang menarik..jangan la disebabkan SEO blog kita nampak sama je dengan blog orang lain.orang buat cerita fasha sanda berbikini,kita pun nak buat cerita tu.sebab tu akak tak amalkan SEO ni..lagipun traffic bukan sasaran akak.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

untuk blogger2 lain yang nak sama2 berblog,apa kata kita tingkat kan kualiti blog kita.jangan la asyik cerita hal diri sendiri je..ok..tu suka hati korang!!!hahah..


Anda mempunyai blog lain? Nyatakan kalau ada.

selain blog senyum2 ni akak tak de blog lain.ada kot.tapi tu untuk test2 wiget dan untuk akak try coding2 nak cantik kan blog je..jadi tak de la kot blog lain selain senyum-senyum ni..



4 comments:

Woofer Storm said...

kak diana ni memang terbaik la...eheee anak dia gf sy..heheee

Fariq said...

terbaik jawapan2 kak diana.. salute..:p

diana said...

korang berdua kipas akak je kan??
tak pe..
akak terima kipasan itu...
hahaha

Fariq said...

wakakaka.. pakai aircond je ni..tak main la kipas2..