1 Jam 1 Blogger : DeQdEq

Nama blog dan url?

Nama blog ialah ^_^ penawar rindu, pengubat jiwa ^_^
URL blog: http://diyanayaccob-deqdeq.blogspot.com/
 

Sejak bila anda buat blog ini?

Kalau ikutkan mendaftar blog dah lama...iaitu pada Januari 2008. Tapi waktu tu, tak tahu lagi apa tujuan blog dan macam mana nak buat blog. Jadi, blog telah bersawang hampir 2 tahun. Sehinggalah pada Februari 2010, teringin semula nak ada blog bila baca blog orang lain.

Jadi, DeQdEq pun tulis la dalam 2 entri, kemudian berhenti lagi....sebab tak tahu tujuan nak menulis blog ni.

Tapi, pada November 2010, DeQdEq sudah mendapat apa tujuan untuk munulis blog, jadi DeQdEq mula belajar cara nak buat blog dan mula aktif menulis blog bermula dari 17 November 2010. Dan alhamdulillah, kali ini DeQdEq memang serius untuk menulis blog....Jadi, sehingga kini masih aktif dalam cuba menghasilkan entri-entri yang lebih baik.


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Banyak juga blog yang menjadi rujukan semasa mula-mula serius nak buat blog ni. Antaranya ialah:

    -  http://www.eyriqazz.com/ (Eyriqazz)
    -  http://www.asrolmania.com/ (Asrol)
    -  http://redmummy.com/ (Red Mummy)
    -  http://www.cikgudahlia.com/ (Cikgu Dahlia)


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Antara sumber/ rujukan dalam menghasilkan entri ialah, berita dari suratkhabar, cerita menarik dari majalah dan juga apa yang berlaku seharian.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Tujuan DeQdEq menghasilkan blog juga adalah untuk menggabungkan dunia kerjaya DeQdEq dengan dunia blog. Sebab kerjaya DeQdEq adalah sebagai perancang kewangan, jadi DeQdEq rasa bertanggungjawab untuk berkongsi dan menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Disebabkan itu juga Contest 5-5-5 yang sedang berlangsung sekarang ni pun berkaitan kewangan.


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Pengalaman manis sepanjang berblog ni rasanya ialah dapat BE pertama dari Nuffang, dapat tiket wayang dari Nuffnang...dapat berkenal dan beramah mesra dengan kawan-kawan dari dunia blog.

Pengalaman pahit pula, buat masa ni macam tak ada lagi...tak pasti ada ke tidak.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Etika yang perlu ada pada setiap blogger ialah kena saling menghormati, andai ingin mengambil maklumat dari blog lain, bagilah kredit pada blog tersebut sebagai tanda terima kasih.

Selain tu, dalam menghasilkan entri berupa pendapat atau melepaskan perasaan, jangan la terlalu emosi dan jangan lupa batas- batasnya, jangan sampai menghina sesiapa.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Berdasarkan pengalaman DeQdEq, untuk membuatkan blog kita dikenali ramai sudah semestinya join segmen atau contest yang dianjurkan oleh blogger lain.


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Untuk menjadi penulis blog yang berjaya, kita tak boleh sombong, kita perlu berkawan dan meluaskan rangkaian kenalan kita. Selain tu, jangan pernah berhenti belajar dan bertanya kepada yang telah berjaya.


Anda
mempunyai blog lain? Nyatakan kalau ada.

Blog lain ialah:
    
       - http://solusikewangan.blogspot.com/
       - http://gengdeqdeq.blogspot.com/


3 comments:

LiLohOnEy said...

wey ape ni wey??

apesal mcm syok je benda alah ni??

haha :p

Azman Roslan said...

@LiLohOnEy kalau syok, join la.. heheh

DeQdEq said...

tima kasih azman....dah ada rupanya entri pasal deqdeq ni tuk segmen i jam 1 blogger....

deqdeq sibuk sgt kebelakangan ni,mmg tak sempat dah nak online...huhuhuhu...

apa2 pun terima kasih....