1 Jam 1 Blogger : cplud miera

Nama blog dan url?

Nama Blog: Cplud Miera @ Plud's Corner
Url Blog: http://pludcorner.blogspot.com/


Sejak bila anda buat blog ini?

Cplud mula buat blog pada bulan Ramadhan tahun lepas, Ogos 2010 dan ni link entry first cplud:
http://pludcorner.blogspot.com/2010/08/ahlan-wasahlan-ya-ramadhan.html


Blog manakah menjadi rujukan anda semasa mula-mula membuat blog?

Sebenarnya cplud sangat menggemari dunia masakan walaupon cplud bukan pandai sangat masak ni. Tapi cplud banyak refer entry blogger masakan dan kawan cplud sendiri yang memberikan cplud semangat untuk menghasilkan blog nih. 


Apakah sumber/rujukan anda dalam menghasilkan entri?

Sumber rujukan adalah dari blogger masakan untuk entry pasal makanan. Tapi, kalau tip - tip, cplud banyak refer google dan baca buku.


Selain daripada kerana duit, apakah tujuan anda buat blog?

Tujuan cplud buat blog adalah sebagai medium cplud untuk mengekspresikan perasaan cplud. Terutama kalau bab memasak nih, cplud rasa puas dapat pamerkan masakan cplud walaupon biasa jer ;)


Apakah pengalaman manis dan pahit anda sepanjang berblogging?

Setakat ni macam tiada pengalaman pahit, sebab cplud sangat enjoy blogging ni. Cume sejak belakangan ni, banyak perkara dipikirkan dan kekangan kerja juga menjadi sebab cplud jarang update blog.


Apakah etika yang perlu ada pada setiap blogger?

Menghormati perasaan blogger lain, jangan suka kutuk blogger lain yang kita kurang gemari. Selalu melawat blogger lain dan bagi semangat untuk diorang rajin buat entry dalam blog.


Berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah untuk membuatkan blog kita dikenali ramai?

Soalan ni cplud kurang sket. Sebab blog cplud ni pon sikit je follower dan pembaca. Tapi, cplud pegang tip blogger terkenal lain yang cakap kalau nak buat blog kita dikenali, kita harus join segmen yang dianjurkan mereka. Banyakkan melawat blog lain. Cplud ni pon lame jugak nak tunggu follower jadi 100. 


Kata-kata semangat untuk blogger lain?

Jangan jemu menulis blog. Rajinlah melawat blog lain dan join segmen blog lain. Semoga kita semua berjaya di dunia blog dan blog kita dikenali ramai, InsyaAllah.


0 comments: